Saya telah berkahwin pada 01.01.2008, dan disahkan hamil dalam bulan 10. Semasa usia kehamilan masuk 3 bulan, saya mengalami keguguran pada 19.11.2008 disebabkan missed abortion.
Selepas keguguran, saya dan suami mengamalkan perancang keluarga cara semulajadi iaitu azal, untuk memastikan rahim saya betul-betul sihat.
Pada bulan 4.2009, saya sudah bersedia untuk hamil semula. Tapi rezeki hamil belum tiba hingga kini. Pada bulan 7 ini, saya mengalami penyakit UTI hingga tahap kencing berdarah. Saya telah membuat pemeriksaan di klinik dan diberi ubat Hyocine dan Ranbaxy dan syukur Alhamdulillah saya telah sembuh.
Soalan saya:
1- Adakah merancang terlalu lama melalui cara semulajadi, boleh
mengganggu kesuburan saya untuk hamil semula?
2- Adakah penyakit UTI boleh mengganggu proses persenyawaan sperm?
3- Adakah pengambilan ubat seperti yang saya sebut di atas dan
termasuk Panadol boleh menyebabkan proses tersebut gagal?
4- Apakah nasihat terbaik Doktor agar saya boleh hamil semula?
Sekian, terima kasih.
ASWT. Terima kasih.
Kesuburan menurun dengan umur, dalam perbidanan umur yang sesuai untuk kehamilan adalah diantara 20 hingga 35 tahun. dengan meningkatnya usia, kesuburan menurun, kebarangkalian keguguran meningkat dan juga penyakit-penyakit perubatan serta genetik mula menampakkan diri mereka.
Penyakit UTI untuk isteri, kecualilah fungsi ginjal menurun jauh tersimpang dari normal bermakna mengandung akan menambahkan keazaban fungsi ginjal. Berkemungkinan sekiranya UTI berlaku pada suami, mungkin analisa cecair semen akan terencat dengan kehadiran kuman-kuman dan juga sprema yang tidak berwibawa.
Ubat seperti PANADOL dikategorikan sebagai OTC(ubat yang boleh dibeli di kaunter tanpa preskripsi) tidak mengganggu sistem serta fungsi.
Untuk mengandung berikutnya, berjumpalah dengan doktor pakar perbidanan puan supaya, proses kehamilan dapat dicetuskan dan diperhatikan dari minggu ke minggu dan mungkin juga ubat-ubatan seperti Asid Salisilik dalam dos kecil diberikan.
Apa-apa pun, hanya sekiranya keguguran berlaku 3 kali berturutan, bermakna puan berkemungkinan mempunyai masalah kesihatan.
Terima kasih.





