Kontraseptif Selepas Bersalin

Salam Doktor,

Isteri saya baru lepas bersalin anak yang kedua (C-section).

Nurse di klinik mencadangkan isteri mengambil pil Noriday sebagai perancang. Jadi saya ingin bertanya pendapat doktor, yang mana yang terbaik bagi isteri saya untuk merancang ini?

Terima kasih.
Shaifull Bahari Abd Rahman


ASWT.

Pertamanya perlu tahu satu perkara:

Sekiranya SUSU DADA 100% (langsung ataupun melalui perahan) -TELUR akan keluar selepas 3 bulan bersalin DAN sekiranya susu FORMULA sudah pun diberikan, TELUR akan keluar selepas 3 minggu bersalin.

Jadi kontraseptif harus dipraktiskan sebeum masa julat tersebut. Sebagai ketua keluarga, saya tentunya cadangkan KONDOM.

Sekiranya keberatan, boleh dipraktiskan:

  1. pil yang hanya mengandungi progesteron sebab dengan kehadiran estrogen seperti pil-pil perancang biasa akan membantutkan pengeluaran susu sekiranya susu masih lagi belum lancar. Contoh pil NORIDAY.
  2. Boleh di suntikkan Ubat DEPO progesteron seperti DepoProvera setiap 3 bulan, DEPOCON setiap 2 bulan.
  3. Boleh digunakan susuk kontraseptif IMPLANON yang menggunakan hormon levonogestrel, bertahan untuk 36 bulan.
  4. Alat dalam rahim juga boleh digunakan, hanya pemakaiannya dinasihatkan apabila haid sudah datang sebab memang masa tu tidak akan mengandung.

Terakhir dan tidak dinasihatkan ialah dengan pengamalan lama iaini dengan TIDAK melakukan ejakulasi di dalam faraj.


Terima kasih.
Prof Madya Dr Shah Reza Johan Noor

  • BaiBoo Contest

    facebook