Pil Perancang Semasa Menyusu Badan Anak

A’kum Dr. Shah Reza.

Saya Fadzielah, baru melahirkan bayi nombor dua pada bulan March. Sampai sekarang, saya masih menyusu badan, dan haid masih belum datang.

Saya nak makan pil perancang tapi doktor menasihatkan bahawa saya tidak boleh ambil perancang lagi kalau haid belum datang.

Kerana ingin bersama suami dan tak nak menggunakan kondom, ada apa pil perancang yang boleh saya makan?

Harap doktor boleh bantu.


Apabila proses pengeluaran susu berlaku, bermakna paras hormon progesteron serta prolaktin sekarang sudah tinggi.

Lazimnya, kalau jumlah susu yang dikeluarkan kecil, pil perancangan keluarga yang biasa iaini yang mengandungi hormon oestrogen serta progesteron akan membantut pengeluaran susu. Disebabkan inilah, kontraseptif berhormon yang disyorkan hanya mengandungi hormon progesteron sahaja.

Apabila hormon prolaktin dan progesteron tinggi, lazimnya kitaran haid terganggu dan menyebabkan pendarahan tidak berlaku walaupun pengeluaran hormon badan sudah pun beritma.

PERLU INGAT: sekiranya penyusuan badan secara 100%(termasuklah dengan kaedah perahan dan penyusuan melalui botol), OVULASI berlaku selepas 3 bulan bersalin, jadi pengamalan kontraseptif bermula sebelum masa tersebut.

PERLU INGAT: sekiranya susu formula sudah pun diperkenalkan, OVULASI berlaku selepas 3 minggu bersalin, jadi pengamalan kontraseptif adalah pada minggu ke 2.

Jadi puan tidak perlu tunggu kehadiran haid untuk mempraktiskan kaedah pil, CUMA dinasihatkan untuk 2 minggu berturut semasa pek pil pertama, diNASIHATKAN supaya ujian mengandung air kencing dilakukan.

Terima kasih.


  • BaiBoo Contest

    facebook