Saya mengandung 5 minggu masalah saya ialah apabila saya membuang air kecil tempat kemaluan saya terasa amat sakit.
Saya tidak pernah mengalami kesakitan sebegini tolong berikan nasihat.
Terima kasih.
Apabila mengandung, berlaku perubahan hormon progesteron, ianya
meningkat dan menyebabkan pundi kencing menjadi kurang terangsang
dan seterusnya air kencing tersekat dan berlakulah infeksi pundi kencing.Uretra iaini salur air kencing keluar dari pundi kencing, untuk wanita adalah pendek iaini 3-4 sentimeter.Ini mendedahkan puan pada infeksi lebih lebih lagi apabila mengandung.
Hubungan kelamin juga mendedahkan puan pada infeksi pundi kencing, ini adalah kerana faktor anatomi diantara faraj serta uretra yang berhampiran.
Sekiranya ’sakit’ adalah pada waktu awal-awal semasa air kencing keluar, bermakna ada luka-luka atau kecederaan pada permukaan luar, perlu diamati oleh doktor untuk kepastian.
Puan perlu menjalani ujian pemeriksaan penuh serta mikroskopik air kencing.
Berjumpalah dengan doktor peribadi puan.
Terima kasih





