Salam Dr. Shah,
Saya telah selamat melahirkan bayi pertama melalui kaedah ceasor pada Jan 2009 kerana kedudukan bayi saya songsang dan saya gagal untuk melakukan kaedah ECV kerana tali pusat bayi terbelit. Dan saya kini telah mencecah usia 30 tahun. Berapa lamakah jarak kehamilan yang disarankan oleh doktor untuk mendapatkan anak kedua memandangkan umur saya yang telah lewat?
Terima kasih
Tahniah di atas kurniaan cahaya mata tercinta.
Jarak diantara mengandung itu adalah relatif pada umur, tahap sosial serta komplikasi pembedahan sekiranya ada.Untuk umur Puan, 6 bulan menunggu memadai untuk kandungan ke dua, perlu ingat yang kebarangkalian pembedahan adalah tinggi untuk Puan, sebab persembahan puan adalah seperti mereka yang baru mengandung kali pertama.
6 bulan sebab ingin memberi masa penyusuan badan 100% pada bayi yang comel itu, pada peringkat 4 bulan pertama, bayi masih belum mampu serta belum berupaya membina pertahanan badan sendiri, mengharapkan kekebalan dari antibodi di susu ibu.
Perlu Puan ingat, dengan kematangan umur, kesuburan menurun, kebarangkalian keguguran meningkat. Begitulah juga dengan masalah perubatan seperti kencing manis serta darah tinggi.
Sebaiknya, Puan melengkapkan bilangan ahli keluarga sebelum atau pada umur 35 tahun.
Terima kasih





