Pregnancy

Assalammualaikum Dr,
saya wawa…saya sudah berkahwin hampir 4 tahun.umur baru 25 tahun dan sebaya dengan pasangan.
saya pernah menjalani pembedahan perforated appendix dan membuang ulser pada usus besar pada 5 tahun lepas.Tapi,luka pembedahan saya terkena infection sebelum jahitan dibuka.sebanyak 4 kali saya dijahit semula namun luka tetap terbuka.Akhirnya,luka pembedahan sembuh melalui luka yang mengerikan.Kini luka itu memberikan kesan sampingan dimana setiap kali aktiviti lasak atau kerja kuat sedikit pasti sakit atau ngilu di sekeliling luka.Luka pembedahan itu hampir sejengkal setengah dan kedudukan menegak antara pusat dan pangkal pubis saya.
saya ada beberapa soalan untuk Dr..

1. Bila saya mengandung nanti adakah parut pembedahan saya akan memudaratkan saya?kerana apabila mengandung automatik perut akan mengembang mengikut saiz bayi..saya takut sekiranya parut saya terbuka kembali apabila bayi saya semakin membesar..saya fobia sangat memikirkan hal itu..suami saya juga telah memberi kata putus sekiranya berbahaya dia sanggup ambil anak angkat.

2.Saya bercadang ingin ambil anak angkat.saya ingin memberikan susu badan untuk bayi angkat itu.ada ke pil yang boleh menghasilkan susu badan?bila masa yang sesuai untuk saya mengambil pil yang boleh menghasilkan susu badan.

bantula saya doktor..
terima kasih dr.

Terima kasih dan saya berdoa supaya Puan disegerakan dianugerahkan dengan cahaya mata.

Parut Puan tidak akan bermasalah semasa mengandung kerana kulit adalah struktur yang berelastik, lagi pun puan telah mencapai tahap penyembuhan yang selesai, bermakna secara histologi tisu tersebut telah kembali ke asal.
Cuma, semasa mengandung, tempat parut tersebut mungkin menjadi sensitif, sedikit gatal dan mungkin rasa pedih-pedih sedikit, jangan rungsing, ini adalah normal.
Parut puan tidak akan terbuka, jangan rungsing.

Memang ada ubat serta suntikkan untuk mem’primer’kan payudara dan langsung mengeluarkan susu.Walaubagaimanapun, proses ini masih memerlukan rangsangan hisapan dari bayi iaini setiap payudara 3 jam sekali seakan akan proses normal penyusuan badan.Kalau puting payudara puan kecil ataupun tenggelam, ada ‘Nipple Adaptor’ yang boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual peralatan bayi.
Mengenai ubat-ubatan tersebut, Puan berjumpalah dengan doktor perbidanan. Ubat-ubat tersebut bukannya tanpa risiko, penggunaan perlu dipantau.

Terima kasih

  • BaiBoo Contest

    facebook