assalamualaikum
selamat berpuasa dr, saya dah hamil 18 minggu, saya cuba berpuasa tapi saya sering kali pitam dan sakit bahagian bawah perut. adakah ini normal ataupun sebaliknya.
kalau boleh saya nak juga cuba puasa tapi saya macam tiada tenaga seringkali saya rasa penat dan berdebar-debar menyebabkan saya tidak selesa.
Puan tidak dinasihatkan untuk berpuasa sekiranya Puan mengalami pengalaman sedemikian. Ini adalah kerana 1)Mengandung memerlukan tenaga yang lebih untuk membawa berat muatan yang kain bertambah.
2)Perubahan struktur fizikal badan menyebabkan makanan tidak dapat dimakan secara sekali gus.
3)Pengaruh hormon di mana Puan seakan-akan seperti mereka yang sentiasa kelaparan dan memerlukan tenaga berterusan.Memang normla untuk mereka yang mengandung dan berpuasa mengalami sedemikian. Dinasihatkan supaya Puan mencuba berpuasa semasa hari cuti, dengan syarat makanan pagi itu bertenaga dengan amaun mencukupi.
Mengandung menyebabkan puan dalam keadaan sentiasa lapar (Accelerated starvation state), jadi puan akan sering kekurangan gula darah.
Saya menasihatkan puan supaya tidak berpuasa sekiranya dengan kematangan kandungan, rungutan semasa berpuasa meningkat.terima kasih



