salam,
Dr, air ketuban saya dah start kluar sikit2.. dr sya check kata still ok lg cz tak ada effect lg pd bby, apa punca & kesannya. apakah cara rawatan bagi kes macam ini?
Betul atau tidak air ketuban?
Ianya mungkin air dari lelehan pangkal rahim akibat pengaruh hormon dan juga infeksi seperti kulat, berkemungkinan juga basah itu dari cecair dinding faraj akibat perubahan fisiologi hormon.
Kesahihan cecair tersebut boleh dilakukan dengan penentuan pH dan juga pertukaran warna kertas litmus.
Pemeriksaan ultrasound juga boleh mencatitkan samada air ketuban itu mencukupi atau tidak.
Pemeriksaan spekulum ke faraj untuk menentukan betul atau tidak cecair itu dari rahim.Kalau puan sudah puan cukup bulan, pemeriksaan ultrasound OK, kemungkinannya tidak akan berlaku apa-apa pada janin dan puan mungkin akan bersalin dalam sekejap masa lagi.
Sekiranya masih lagi jauh dari penggal kematangan kandungan, puan akan diteliti akan infeksi yang dikhuatiri menyusuli. Mungkin Puan perlu dimasukkan ke wad untuk seketika.Sebab mengapa inay terjadi, tidak diketahui. Lazimnya INFEKSI PADA FARAJ yang dikhuatiri seperti infeksi Bakteria Vaginosis. Jangan rungsing, rawatanya ada serta berkesan.
Mungkin juga puan akan disaringkan dengan pemeriksaan infeksi streptokokus kumpulan B.
Sekiranya air tersebut sudah berhenti(seandainya memang air ketuban), mungkin telah berlaku kekedapan dengan penurunan kepala bayi yang menghalang turunnya air secara berterusan ATAUPUN air dalam kandungan sudah kering.
Tidak ada rawatan untuk menghalang kejadian ini dari berlaku dan juga berterusan.
Terima kasih





