Salam Sejahtera Dr ,
Saya nak bertanya tentang masalah yang saya hadapi iaitu keguguran. Untuk pengetahuan Dr, saya telah mengalami keguguran 2 kali iaitu tahun lepas pada bulan Mac dan baru-baru ini 19/8/2009. Kandungan saya yang pertama berumur 11 weeks ketika D & C dilakukan kerana fetus tidak membesar seperti yang sepatut nya dan saya turut mengalami pendarahan coklat selama beberapa hari. Keguguran kedua pula berusia 8 minggu dan sekali lagi D & C terpaksa dilakukan kerana pendarahan coklat berlaku lagi sebelum itu dan fetus juga tidak membesar kerana apabila doktor membuat pemeriksaan, fetus hanya sebesar kandungan 5 minggu. Untuk pengetahuan
Dr, saya mempunyai 2 orang anak lelaki, yang sulung berusia 6 tahun dan yang kedua berusia 2 tahun. Umur saya 38 tahun. Adakah faktor umur yang menyebabkan masalah keguguran tersebut atau masalah lain? Apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah keguguran kerana saya masih ingin mencuba untuk menimang anak lagi. Terimakasih.
Terima kasih.
Puan bernasib baik kerana telah puan mempunyai cahaya mata kesayangan.
Keguguran puan berlaku pada trimester pertama, bermakna ada kemungkinan penjelasan perubahan genetik seperti TRISOMI,TRANSLOKASI dan juga MUTASI SPONTAN.
Memang betul, dengan kematangan umur, kesuburan menurun dan juga kebarangkalian keguguran meningkat.
Yang pentingnya puan perlu berjumpa dengan doktor perbidanan sebelum puan hamil dan juga semasa terimester pertama kehamilan.
Mungkin dengan berjumpa dengan doktor,puan kan dipreskripsikan dengan ubat-ubatan seperti Asid salisilik berdos rendah, vitamin folat, hormon progesteron dan sebagainya.Perlu difahami yang keguguran pada trimester pertama sukar untuk dicegah serta dihalang.
terima kasih



