Constipation and Walking problem after delivered

assalamualaikum Dr
Saya Arza. melahirkan anak ketiga pada 28 Julai 2009.
1. setelah melahirkan, saya agak sukar untuk berjalan. Saya juga tidak mampu untuk berdiri sebelah kaki kerana kelengkang saya terasa amat sakit.
Saya telah memaklumkan kepada Dr dan beliau mengatakan bahawa berkemungkinan tulang pelvik saya sedikit renggang kerana proses kelahiran yang cepat (saya sakit teruk bermula jam 12 malam dan melahirkan jam 1 pagi) dan tulang saya akan kembali kepada keadaan asal dalam masa 2 minggu atau lebih. Adakah perkara seperti ini normal kerana 2 anak sebelum ini saya tidak sakit seperti ini. Walaupun kini saya telah mampu berdiri sebelah kaki namun
kadang2 saya masih terasa sakit di kelangkang. adakah ia akan berkekalan.
adakah ia akan memberi kesan untuk saya mengandung lagi?

2. saya menghadapi masalah sembelit apabila melahirkan
anak bermacam produk saya guna untuk mengelak sembelit dari anak pertama hinggalah anak ketiga.Namun saya masih sembelit dan menyebabkan saya terkena buasir.
benarkah berpantang tidak boleh memakan buah-buahan seperti pisang,betik dan sebagainya? saya ada makan buah plum, oren dan epal walaupun orang kata tak boleh makan buah tapi masalah sembelit tetap ada. Benarkah berpantang cara melayu tidak boleh minum jus oren?
Sepanjang berpantang saya cuma makan sayur sawi rebus dan ikan tengiri sahaja.
sarapan pagi pula hanya roti bakar dan nesvita. Saya agak keliru dengan cara berpantang kerana ada orang makan ayam, ada orang x bagi makan ayam. Kawan saya pula makan telur dan tidak menjejaskan luka jahitannya.
Boleh Dr terangkan dengan lebih lanjut cara berpantang yang sihat?

Tahniah Puan Arza di atas kehadiran individu kesayangan yang ke tiga.

Berkemungkinan kesakitan yang dialami berpunca dari proses serta semasa kelahiran. Semasa posisi kelahiran mungkin berlaku sedikit kekejangan di celah kangkang dan ini mungkin diikuti dengan kecederaan pada otot-otot yang terlibat semasa kelahiran.
Setiap zaman mengandung adalah berbentuk semasa atau individu, pengalaman lampau dan sekarang berbeza.Umur semasa mengandung pun berbezakan?
Asalkan puan tidak merasa kebas di kedua-dua kaki atau dengan berjalan, rasa belakang yang amat sakit berserta dengan kekebasan pada kulit-kulit di kaki, lazimnya apa yang puan alami itu akan reda dan selesa dengan masa, berikan sedikit masa untuk penyembuhannya.

Dalam perbidanan moden, tidak ada pantang larang. Untuk kaum-kaum serta bangsa-bangsa yang berbeza, pantang larang mereka juga berbeza.Sekiranya Puan rasa selesa dengan pengamalan yang dipohon oleh keluarga, dan pula tidak mengganggu kesihatan serta kehidupan sebagai ibu yang baru, teruskan.
Untuk sembelit, puan haruskan bersenam untuk menguatkan otot-otot di bahagian pinggul. Dengan masa, otot-otot di bahagian faraj juga akan lebih gagah dan sihat.
Banyakkan memakan makanan bersayur dan meminum air supaya dapat membantu dalam proses pembuangan air besar.
Ubat-ubat untuk membantu sembelit adalah kaedah terakhir, gunakan bila hanya puan telah pun menukar tatacara serta gayahidup dan pemakanan.

Untuk pengetahuan Puan, dalam istilah badan kesihatan sedunia, zat-zat makanan dibahagikan pada karbohidrat, lemak, protin,air, elemen-elemen serta vitamin-vitamin.Morfologi makanan yang berbeza-beza.

Terima kasih

  • BaiBoo Contest

    facebook