Assalamualaikum doktor..
Alhamdulillah saya dah selamat bersalinkan anak perempuan saya pada 2hb 8..
sekarang baby saya hampir 2bulan..baby saya mengalami masalah bila nak buang air besar.baby saya akan menangis sekuat-kuatnya bila dia buang air besar. Apakah masalah baby saya doktor?
baby saya menyusu badan dan susu formula.Saya baru saja tukar susu formula kerana najis dia nampak agak kasar,tapi tidak berketul. Saya ada juga bagi air masak sebab ada sedara saya cakap kemungkinan baby saya sembelit. Cuma masa raya pertama dan ke-2 sy kurang bagi minum air masak.adakah baby boleh mengalami sembelit doktor?TQ
Terima kasih.
Kalau mengikut faktanya, sekiranya anak menyusu badan 100%, adalah kebiasaan sekiranya anak tidak membuang air besar untuk 5-6 hari. Syaratnya, anak itu tidak menangis dan perutnya tidak kembung. Pula, kalau sudah dilaksanakan pemberian susu formula,menjadi kebiasaan sekiranya tidak membuang air besar untuk 4-5 hari.
Sekiranya aktiviti menangis ini HANYA diperhatikan apabila aktiviti membuang air besar berlaku, bermakna najis yang dikeluarkan itu keras dan melukakan bukaan dubur yang menyebabkan kepedihan semasa pembuangan, apatah lagi membuang air besar di dalam ‘diaper’.
Saya nasihatkan supaya Puan membawa anak puan ke klinik berdekatan supaya pemeriksaan fizikal dapat dilakukan.
Untuk umur anak 2 bulan, sekiranya air masak diberikan, anak mungkin tidak dapat kalori dan zat sebaiknya sebab anak munkin kenyang HANYA dengan air masak sahaja sekiranya pemberian diberikan semasa susu sepatutnya diberikan.
Puan juga boleh menukarkan jenama susu yang dibeli dari asas susu lembu ke asas kacang soya, dan sebagainya.Ada banyak jenama susu untuk keadaan berbeza.Terima kasih



