salam doc,
1)saya ingin bertanya, sekarang saya pregnant 31minggu (first baby) n skrg brt badan sy asyik bertambah dr hamil 3bulan.buat pengetahuan doc, sblm hamil berat sy hanya 40kg/150cm. tp smasa hamil sy mngalami alahan yang teruk selama 2bulan lbh n berat badan jatuh ke 35kg pd kali pertama sy pergi ke klinik untuk mmbuat buku mngandung iaitu smasa hamil 3bulan. slps itu berat badan sy asyik bertambah dngan mendadak shingga 3-4kg stiap bln n skrg brt badan saya sudah 49kg(31 minggu)..adakah normal or tak?sy tkt nnt akan beri ape2 effect kat baby..perut sy pun x de la bsr sgt n org ckp mybe coz first baby n sy brbadan kecik..btl ke?
2)sejak dr kecik sy mmg x ske mkn ubat byk2 n blh menyebabkn trmuntah if mkn ubat jd skrg sy x mkn ubat yg dbekalkan oleh klinik biasa..skrg sy hanya makan ubat jenis sangobion sebiji sehari, adakah ia mencukupi doc? sy dengr obimin lg elok dr sangobion so adakah patut sy tukar dr mkn sangobion ke obimin dlm usia kndungansy 31minggu nie?adakah ckup dengan hanya mkn sangobion? untk pengetahuan doc, hb sy dlm linkungan 12-13.2 shaja sejak hamil.sy berharap doc dpt membantu sy cz sy mmg x de pngalaman lngsung dlm hal2 mcm nie..thank doc…
regards,fadila
Terima kasih Puan Fadila.
Berat badan yang meningkat terlampau boleh memudaratkan puan.Yang penting, kenaikan badan itu bukannya akibat dari pengumpulan air dalam badan iaini pembengkakan edema. bagaimana dengan tekanan darah puan? Apakah puan sudah dinasihatkan supaya menjalani ujian ‘toleransi glukosa’ untuk memastikan yang Puan tidak mendapat penyakit kencing manis semasa mengandung.
bagaimana dengan jumlah air ketuban dalam rahim, kalau kesemua ini normal, maknanya kenaikkan berat badan puan sebanyak 9 kg itu bukanlah sesuatu yang utusan berpenyakit. Mungkin selera puan bertambah selepas mengalami alahan yang teruk.
Yang dikhuatirinya, kulit puan tidak sempat mengembang pesat, bertambahnya jalur-jalur terutamanya pada bahagian peha dan sisi abdomen.Sekiranya pemakanan puan seimbang, hanya asid folik sahaja yang disyorkan sebab ianya berasas untuk melindungi penyakit berasaskan sistem pensarafan.
tetapi, seandainya puan khuatiri akan pemkanan yang tidak seimbang, kesemua produk pemakanan bervitamin seperti yang puan amalkan boleh dan selamat digunakan.
Lazimnya dalam praktis saya di hospital, saya sarankan bentuk makanan yang original, iaini kembali pada asas pemakanan.terima kasih





