Assalamualaikum
Dr Faridah, saya bersalin anak ketiga saya secara normal, manakala anak yg pertama & kedua c-session. Tiap kali saya bangun dari tidur atau berdiri, saya rasa tempat virgina saya sakit macam ada benda nak keluar. Adakah ini normal? Saya sudah sengkak atau naik perut 3 minggu lepas. Boleh ke saya sengkak lagi selepas 3 minggu
itu? Adakah ye membahayakan kesihatan saya?
NAZREEN
Wa’alaikumussalam Nazreen, Saya rasa anda mengalami prolapse dan lagi baik rujuk semula dengan doktor di mana anda menjalani pemeriksaan antenatal. Buat pemeriksaan rapi dan minta doktor jelaskan apa masalahnya yang sebenar. Faridah



