Saiz perut tidak besar

Assalammua’laikum..

Kehadapan Dr,

Saya mempunyai satu soalan, saya telah mengandung 3 bulan tetapi perut saya kelihatan kecil dan doctor masih tidak dapat rasa lagi ada benjolan di dalam perut saya. Saya berasa amat tertekan apabila orang ramai mengatakan saya seperti tidak mengandung. Kadang-kala saya tertanya sendiri pada suami sebenarnya saya ini mengandung atau tidak. Suami selalu meyakinkan saya. Apabila saya merasa tertekan dengan pertanyaan orang saya akan melakukan ujian kehamilan banyak kali dan keputusannya memang menunjukkan saya mengandung.

Adakah saiz perut saya yang kecil ini bermakna bayi dalam kandungan saya tidak sihat? Untuk pengetahuan Doctor selera makan saya bertambah, saya banyak mengambil makanan berkahsiat seperti sayur-sayuran dan pelbagai lagi yang disarankan doctor. Dari ujian kesihatan yang dijalankan juga saya didapati sihat. Adakah apabila kandungan mencapai usia 3 bulan kita boleh merasai benjolan di dalam perut? Kalau tidak rasa adakah kandungan saya tidak sihat atau kecil?Adakah terdapat sebarang kemudaratan?


Terima Kasih Puan Marina.

Puan sudah pun mengandung 3 bulan, ini bermakna Puan telah pun mencapai kandungan berusia 13 minggu.

Pada usia kandungan begini,lazimnya rahim tidak akan jelas kelihatan di abdomen, cuma kalau di sentuh kuat barulah dirasai jisim rahim di bawah tulang di depan pundi kencing.
Yang mustahaknya, pemeriksaan ULTRASOUND telah dilakukan untuk menentukan bilangan janin di dalam rahim dan juga mengusiakan kandungan mengikut pengukuran tertentu supaya dapat dipastikan yang tarikh haid puan tidak berRALAT. Pemeriksaan ULTRASOUND secara berkala dapat menentukan perkembangan serta tumbesaran janin di dalam kandungan dengan lebih jitu.

Makanan, asalkan Puan mengamalkan kehidupan serta pemakanan yang sihat, tidak perlu Puan membimbangkan.
Apakah ini kali pertama Puan mengandung?Tahniaah saya ucapkan.

Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR

  • BaiBoo Contest

    facebook