Salam,
Doktor, saya telah disahkan mengandung 9 minggu kini, dan baru-baru ni mengalami pertumpahan darah. Terdapat darah beku yg agak banyak. Saya telah membuat pemeriksaan dengan klinik kerajaan semasa pendarahan berlaku dan kata doktor tersebut bayi saya masih berdenyut dan saya dinasihatkan tidak membuat kerja-kerja berat. Utk makluman doktor, saya disuspek menghidap kencing manis, atas nasihat doktor saya perlu berdiet sahaja tanpa pengambilan sebarang ubat memandangkan umur saya baru sudah 26 tahun. Persoalan saya:
1) Risiko keguguran memang ada.Tapi adakah cara lain yang membolehkan anak saya dilahirkan dengan sihat tanpa ada sebarang kecacatan?
2) Boleh ke saya meminum air misai kucing semasa hamil bagi menurun kadar gula dalam badan saya?
Terima kasih atas segala yang bakal doktor nasihatkan….
Terima Kasih Puan Aleeya.
Apakah Puan sudah didedahkan dengan pemeriksaan antenatal dengan pengambilan air gula?
( Ini dinamakan pemeriksaan toleransi modifikasi glukosa)
Sekiranya belum, diagnosa kencing manis semasa mengandung MASIH BELUM lagi diketahui.
Mungkin Puan dilangsungkan dengan pemeriksaan profil gula darah iaini paras gula darah diuji 4 kali sehari sebelum makanan utama(makan pagi, tenghari, malam dan jam 9-10 malam), kalau ini dilakukan pastikan gula darah puan di julat 4 – 6 mmol/l (darah diambil dihujung jari).
Puan boleh menjalani pemeriksaan ultrasound biometri serta morfologi lengkap pada minggu ke 19 ke atas untuk memastikan yang janin secara lahiriahnya,secara amnya normal. Sebenarnya pemeriksaan awal ultrasound mungkin sudah pun dapat menampakkan apa-apa kelainan pada janin.
Mengenai AIR MISAI KUCING, itu adalah produk herbal dan saya tidak dapat mengesyorkan apa-apa untuk suplemen tersebut.
Mengenai diet, semasa mengandung dan juga dengan kemajuan tempoh kandungan, puan akan sukar untuk menyudahkan sarapan berbanding dengan sebelum mengandung. Yang pentingnya, puan jauhkan diri dari memakan makanan yang diproses, makanlah makanan yang dibeli mentah dan dimasak mengikut citarasa.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR



