Salam Dr. Shah Reza ,
Saya Linda dan saya mempunyai kemuskilan iaitu, pada 28/10/2009 saya jumpa dengan Doctor di Puchong Medical Centre untuk mengesahkan kehamilan saya..Doktor yang sepatutnya memeriksa saya tidak dapat hadir jadi saya diberi seorang doktor ganti yang agak muda awal 30an. Selepas pemerikssan ultrosound dibuat, doktor dapati kandungan saya berusia 5 minggu dan 6 hari. Tetapi hasil pemerisaan ultrosound tidak jelas kerana ukuran 5 minggu 6 hari ini diukur pada kantung saya.. tetapi saya dapat melihat doktor tersebut drag kan ukuran melebihi kantung saya atau dengan kata lain tidak betul-betul tepat pada ukuran kantung saya…saya sepatutnya membuat pemeriksaan lagi 2 minggu, oleh kerana susah hati kerana doktor yang memeriksa saya terlalu muda, jadi saya mengajak suami saya untuk memeriksa sekali lagi di KPJ Selangor Medical Centre pada 10/11/2009 dan doktor yang memeriksa saya agak berpengalaman dan melalui scan Doktor, melalui ukuran kantung 5 minggu 6 hari, tapi scan kali ini amat jelas…dan saya dapat tgk doktor drag ukuran kantung memang tepat… jadi, doktor nasihatkan saya agar datang lagi 2 minggu kerana doktor tersebut memberitahu saya tidak dapat di kesan heart bip baby dalam kantung saya dan pada masa ini kadungan saya sepatutnya berusia 8 minggu, dan sekiranya tiada apa-apa perkembangan, saya kena gugurkan kandungan ini…tapi saya redha, sebab saya tahu Allah nak berikan yang terbaik buat saya…
Di sini, saya ingin meminta nasihat Dr. Shah Reza atas masalah yang sedang saya hadapi…adakah kandungan saya bermasalah? atau mungkin juga kedudukan baby selalu berubah-ubah dan ini menyukarkan doktok untuk membuat pemeriksaan? kenapakah perkara ini berlaku pada diri saya.
Terima kasih Puan Linda.
Untuk pengetahuan, pemeriksaan ultrasound biasa melalui atas(di abdomen), janin lazimnya kelihatan hanya pada minggu ke 7 di mana panjang janin diantara 0.5 sentimeter.
Untuk kejituan, pemeriksaan ultrasound melalui faraj dapat membantu pada minggu yang lebih awal.
Puan dinasihatkan supaya hadir kembali selepas 2 minggu kerana tumbesaran janin adalah 1 mm sehari, jadi selepas 10 hari, tentulah janin sekurang kurangnya bersaiz melebihi 10mm dan ini akan lebih jelas kelihatan pada pemeriksaan ultrasound.
pada minggu yang puan jalani pemeriksaan ultrasound itu, degupan jantung janin masih belum kelihatan KECUALI pemeriksaan ultrasound melalui faraj dijalankan, barulah degupan lebih awal dihargai.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR



