Assalamualaikum
Saya wanie berumur 24thn..baru 6bln berkahwin.Seminggu sebelum nikah,saya amek nordette (on the first day of period – 1 may 2009)..then saya stop amek pil pada 8 oct 2009..kemudian period pada 12-18 oct.sepatutnya saya akan period semula pada 9 nov 2009 ( mens cycle :28days) tapi sampai hari ini masih belum keluar. Soalan saya :
1. Bolehkah saya trus pregnant dalam tempoh singkat itu?.Untuk pengetahuan Dr, saya ada bersama suami pada hari ke-14 sebelum haid yang setrusnya datang (tapi telah lewat 3hari). saya selalu dengar klu sudah ambil pil perancang,susah nak lekat bile berhenti.Benarkah pengambilan pil ini boleh mengganggu tahap kesuburan?Boleh kah saya pregnant dalam tempoh yang begitu singkat selepas memberhentikan pengambilan pil?
2. Adakah period saya yg lambat disebabkan oleh pengaruh pemikiran saya (ingin hamil) sehingga menyebabkan hormon terganggu?
3. Adakah upt test boleh detect tanda kehamilan jika lewat period tidak sampai seminggu?
Terima kasih Puan Syazwani
Sekiranya HAID puan normal sebelum pengambilan ubat perancangan keluarga, lazimnya selepas berhenti,haid puan akan hadir secara teratur TETAPI sebaliknya sekiranya haid puan sebelum itu memang TIDAK TERATUR dan SUKAR meramalkan kehadirannya.
Sejurus selepas berhentinya ubat, OVULASI berlaku dan puan boelh mengandung.
Pil tidak menghalang kesuburan selepas berhentinya praktis tersebut, semasa pengambilan, PIL menghalang ovulasi dari berlaku.
Pengambilan pil dinasihatkan pada masa yang sama setiap hari, kegagalan menyebabkan ovulasi berlaku dan langsung boleh mengandung.
Persekitaran serta psikologi seseorang boleh mengganggu kesuburan, untuk BEROVULASI, ketenteraman perlu difokuskan.
Ujian mengandung sekarang dapat mengesan paras bahan kima mengandung yang rendah, jadi ianya boleh digunakan untuk mengesan kesahihan mengandung pada peringkat awal lagi, dan dinasihatkan supaya ujian sekiranya negatif pada kali pertama DIULANG KEMBALI pada minggu berikutnya supaya kesahihan negatif atau positif boleh dibuktikan.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR





