Suntikan Tamiflu

Assalamualaikum Dr.

Saya mewakili isteri saya yang sekarang sedang hamil anak ketiga. Buat pengetahuan, kami sekarang berada di Jepun dan anak ini nanti dijangka dilahirkan di Negara Matahari terbit ini pada Mac 2010. Di Jepun suntikan Tamilflu sedang dilakukan kepada kanak-kanak dan wanita yang mengandung. Saya ingin bertanya apakah implikasi terhadap isteri dan anak dalam kandungan tersebut terhadap suntikan itu. Pada pendapat Dr. adakah perlu suntikan itu dilakukan walaupun isteri saya sekarang tidak mengalami deman atau selsema.


Terima kasih Puan Sagaman.


Pada masa sekarang, masih tidak ada jawapan khusus untuk H1N1 untuk ibu mengandung sebab penyakit ini masih baru danmasih lagi dalam pencarian.


Untuk seketika, keputusan menyeluruh doktor-doktor perbidanan, memang dibolehkan pengambilan ubat tersebut untuk ibu-ibu mengandung sekiranya Puan dijangkiti kuman tersebut.

Praktis ini juga diamalkan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan.


Setahu saya TAMIFLU tidak ada dalam bentuk suntikkan, apakah yang Puan maksudkan itu vaksin influenza?

( Vaksin Flu selamat untuk ibu-ibu mengandung- sebab virusnya sudah dinyah aktifkan)


Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR







  • BaiBoo Contest

    facebook