Salam DR,
Saya nizura, saya nk tya DR..last period sy 6hb10, today 6hb11. Satakat hari
ini sy belum dtg bulan lg. UPT pertama saya buat seminggu selepas habis
period. UPT kedua sy buat 10 hari lepas. Tp dua2 -ve. Sekarang saya rasa ada
sesuatu bergerak dalam perut saya. Mcm berdenyut2. Saya rasa mcm ada
sesuatu di tekak. Rasa loya2 pon ada. Makan xlalu sgt. Adakah saya
mengandung? Saya ada baca pengalaman org yg first pregnant dlm forum, tak
ada plak mereka bercerita pasal boleh rasa baby dlm perut. Sy xbuat ujian
UPT sebab sebelum dh buat dan hasil -ve.Mcm mana ya DR?
Terima kasih Puan Nizura.
kalau ujian mengandung itu negatif maknanya NEGATIF sebab ujian tersebut adalah kualitatif iaini YA atau TIDAK.
Keadaan Puan seperti PSEUDOCYESIS, satu keadaan di mana wanita tersebut betul-betul merungut seakan-akan awal mengandung tetapi tidak ada kandungan secara fizikal.
Saya nasihatkan puan supaya menjalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan keadaan yang puan rungutkan.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR





