Salam Puan,
Saya sedang mengandung anak kedua dan usia kandungan saya sekarang adalah 23 minggu…baru2 ini semasa check up bulanan, nurse klinik kesihatan mendapati bahawa ukuran rahim adalah seperti 28 minggu (menggunakan tali tape)…kemudian saya dirujuk oleh dr pakar dan dr melakukan ultrasound dan mendapati bahawa saiz baby ok..kandungan air mentuban juga ok…minggu depan saya akan mendapat 2nd opinion dari dr pakar di hosp putrajaya…saya ingin tahu apakah risiko jika saiz baby dan rahim tidak sama?
Selain daripada itu, untuk kehamilan ini saya telah mengambil obimin sebagai vitamin kehamilan, tetapi mendapati saya selalu kena gastrik dan sakit hulu hati, dan juga kembung perut…adakah disebabkan kandundan iron didalam obimin itu tidak serasi dengan saya? Saya juga telah ke sebuah klinik tetapi tidak jumpa dr, hanya beli ubat di kaunter, saya telah membeli ubat Iberet Folic 500 dari Abbot, dimana tertera diatas kotak itu bahawa “Iron is provided in a sustained-release system (Gradumet)…adakah iberet folic ini sesuai untuk ibu mengadung dan tidak memberi kesan pedih ulu hati dan gastrik?
Terima kasih Puan AKMA.
Pemeriksaan ukurang panjang rahim dipengaruhi juga dengan ketebalan lemak di abdomen dan juga bervariasi dengan pemeriksaan.
Pemeriksaan biometrik janin melalui ultrasound LEBIH TEPAT dan ini yang digunapakaikan oleh doktor-doktor perbidanan.
Mengenai risiko,jangan risau, fokuskan pada ukuran pada ultrasound sahaja.
Saya hanya nasihatkan pengambilan suplemen/tambahan sekiranya puan was-was dengan pengambilan harian makanan serta minuman asli yang di masak sendiri.
Etika pengambilan makanan yang betul perlu ditekankan.
Saya tidak pasti dengan ubat yang dinyatakan, cuma puan perlu perhatiakn pada zat besi yang dimakan,apakah bentuk zat tersebut samada, BESI SULFAT, BESI FUMARAT, BESI GLUKONAT dan sebagainya.Berkemungkinan besar kombinasi besi tersebut yang memberikan kesan pada puan.
Penyediaan kombinasi zat besi yang tidak memberikan kesan samping biasanya harganya lebih mahal.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR





