Keguguran Berulang

Assalamualaikum Dr,

Saya ibu kepada 4 orang anak, berumur 38 tahun dan bekerja sebagai guru.  Sepanjang mengandung dan melahirkan 4 orang anak, alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang masalah walaupun tinggi saya 1.45m dan berat sebelum mengandung 38 -39.5kg. Semua anak dilahirkan secara normal. Selepas melahirkan anak ke4 pada Dis 2005, saya telah 3 kali keguguran berturut-turut (Sept 2008, Mac 2009 dan terbaru 13 Feb 2010). Selepas semua keguguran yang menjalani D&C, saya berpantang secara tradisional selama 22 hari dan berurut seminggu selepas keguguran.

Soalan saya,

1. Adakah faktor umur dan berat badan saya menyebabkan keguguran berulang ini? Ketiga-tiga Doktor yang menangani keguguran saya menyatakn tiada sebab yang jelas mengapa ini berlaku, hanya mungkin disebabkan kromosom yang abnormal atau saya tidak mendapat rehat yang cukup.

2.Masihkah saya ada harapan untuk mendapat zuriat lagi memandangkan umur yang kian lanjut.

3.Jika saya bercadang untuk hamil lagi, apakah ujian-ujian makmal yang perlu saya buat?

4.Apakah nasihat khusus Dr.?


Maklum balas dari pihak Dr. sangat saya hargai.

Terima kasih.


Keguguran berulang memerlukan pemeriksaan rapi oleh pakar O&G.
Kemungkinan utk mendapat anak mmg ada.

Dr Faridah

  • BaiBoo Contest

    facebook