Home » Malay confinement » confinement food (MC) » Mitos dan fakta pemakanan atau diet selepas bersalin
|
Assalamualaikum,
Saya baru melahirkan anak kedua pada 21 May 2010 yang lalu secara normal. Saya ingin meminta pendapat dan nasihat secara terperinci mengenai mitos dan fakta pemakanan atau diet selepas bersalin. Apa yang boleh makan, apa yang tidak boleh? Bolehkan minum minuman sejuk dalam tempoh berpantang? adakah pemakanan ibu mempengaruhi atau menjadi faktor anak kembung atau sakit perut? untuk makluman, saya menyusukan anak saya secara sepenuhnya dengan susu badan. bagaimana pula dengan amalan pemakanan set bersalin? adakah mempengaruhi atau memberi kesan kepada bayi? anak saya kini mengalami ruam di muka dan kepala. adakah ini disebabkan oleh set bersalin yang diambil? pohon puan menjelaskan kepada saya mengenai persoalan yang diutarakan. sekian terima kasih.
mashitah
Wa’alaikumussalam Mashita,
1) Tahniah sudah selamat bersalin
2) Apa yang boleh/tak boleh makan – semuanya boleh makan.
3) Minuman sejuk boleh minum tetapi mesti rebus air sebelum dijadikan ais batu.
4) Makan seperti kari, rendang, apa-apa yang berempah, boleh makan, tapi makan sedikit bagi mengelak anak jadi cirit-birit.
5) Jamu juga mengandungi rempah dan jika anda makan banyak jamu, kesan pada bayi ialah cirit-birit.
6) Makan sayur seperti kobis akan membuat bayi jadi kembung perut dan selalu menangis tak selesa.
7) Set bersalin mengandungi rempah, dan rempah yang banyak akan buat bayi cirit-birit.
Ruam di kepala & muka bayi adalah normal. Tapi ruam yang banyak dan yang buat bayi tak selesa mungkin disebabkan oleh pemakanan ibu yang menyusukan.
Faridah
|