Salam doc.
masalah ni tidak ada kaitan dengan ibu mengandung sebab hal ini mengenai ibu saya yg berusia 60 tahun dan mengalami masalah urat timbul di kaki.beliau sering di serang simpul biawak dan kesakitan serta lenguh kaki yg berterusan.apakah punca dan bagaimana hendak mengatasi masalah ini?
Tq.
Salam Puan
Ibu anda mengalami masalah vericose veins. Ia boleh mendapatkan setokin khas drp klinik dan pakainya untuk mengurangkan kesakitan akibat urat timbul. Cuba elakkan duduk bersila dan cuba duduk dengan melunjurkan kaki. Ia akan membantu mengurangkan kesakitan akibat urat timbul.
Puan juga boleh sapukan sedikit Vicks atau minyak angin untuk melegakan kesakitan di bahagian berkenaan. Sapu sedikit sahaja setiap kali rasa sakit.Urut sedikit bahagian urat timbul, lama-kelamaan urat timbul akan hilang dan rasa sakit pun akan hilang.
Kalau ada orang pandai urut, urut urat2 di bahagian sebelah dalam peha dengan gerakan menolak urat2 ke atas (ke arah badan). Gunakan campuran minyak kelapa + minyak Mastika (yang tulen) supaya tak sakit. Urut perlahan-lahan supaya tak sakit. Ada orang gunakan tapak kaki untuk urut bahagian ini. Lama-kelamaan, urat timbul akan berkurangan dan hilang.
Selamat mencuba.
Faridah





