Home » Expert Blog » Malay Confinement
Dr Faridah has degrees in Microbiology, Biochemistry and Human Physiology.Her passion is traditional Malay medicine and confinement, which she has been studying for more than 20 years. She is a lecturer and researcher at Universiti Sains Malaysia and is also engaged in training and contributing to seminars on confinement.
Dr Faridah is the proud mother of 4 daughters and 2 sons. She is currently writing a book, 'History of Medicine in Malaya-Who were the early Malay doctors?' and is already planning her next book too. She avoids loud music, traffic jams, sleeping late and lifts, but loves cooking, eating, reading, gardening and.good music. Ask her anything about Malay confinement.
You can ask Dr Faridah anything about malay confinement by leaving a comment in the blog or by emailing to mconfinement@baiboo.com.my.
Displaying Results 1 of 10
|
Assalamualaikum Dr.
Saya mewakili isteri saya yang sekarang sedang hamil anak ketiga. Buat pengetahuan, kami sekarang berada di Jepun dan anak ini nanti dijangka dilahirkan di Negara Matahari terbit ini pada Mac 2010. Di Jepun suntikan Tamilflu sedang dilakukan kepada kanak-kanak dan wanita yang mengandung. Saya ingin bertanya apakah implikasi terhadap isteri dan anak dalam kandungan tersebut terhadap suntikan itu. Pada pendapat Dr. adakah perlu suntikan itu dilakukan walaupun isteri saya sekarang tidak mengalami deman atau selsema.
Terima kasih Puan Sagaman.
Pada masa sekarang, masih tidak ada jawapan khusus untuk H1N1 untuk ibu mengandung sebab penyakit ini masih baru danmasih lagi dalam pencarian.
Untuk seketika, keputusan menyeluruh doktor-doktor perbidanan, memang dibolehkan pengambilan ubat tersebut untuk ibu-ibu mengandung sekiranya Puan dijangkiti kuman tersebut.
Praktis ini juga diamalkan di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kelantan.
Setahu saya TAMIFLU tidak ada dalam bentuk suntikkan, apakah yang Puan maksudkan itu vaksin influenza?
( Vaksin Flu selamat untuk ibu-ibu mengandung- sebab virusnya sudah dinyah aktifkan)
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR
Salam Dr Faridah
I would like to find out what alternative leaves can you use to replace ‘daun mengkudu' in bertungku? I currently live in Europe hence daun mengkudu is not found.
Can you help me? Many thanks and I look forward to receiving your reply.
Warm regards
Intan Bazian
Salam Intan Bazian,
Since you live overseas, you can use any broad leaves to hold the tungku stone. If you do not have access to big broad leaves, you can wrap the tungku stone in old cloths, use several layers of old cloth.
Faridah
Assalammualaikum Dr Faridah.
Saya menetap di Sabah.
Namun saya akan pulang berhari raya blk ke Selangor pd 20hb Sept.
Ketika itu usia kandungan saya adalah 27 minggu..
Saya juga sekarang kerap berasa susah nak bernafas.
Adakah selamat utk saya menaiki kapal terbang utk usia kandungan sebegitu memandangkan tekanan oksigen di atas kurang dr di bawah?
Harap dapat la Doc membalas kiriman email ni..
Terima kasih.
Wassalam.
Irma
Wa'alaikumussalam Irma, Tahniah kerana sudah mengandung. Perjalanan menerusi pesawat udara (kapal terbang) adalah selamat selagi ibu yakin ia selamat dan tidak mempunyai masalah semasa. Pihak pengurusan pesawat lazimnya membenarkan ibu mengandung menaikki pesawat sehingga kehamilan mencapai 8 bulan (32 minggu). Rasa sukar bernafas adalah kerana kandungan membesar menolak diafgram ke atas dan ini mengempiskan paru-paru. Ini perkara biasa apabila ibu hamil berada dalam trimester ke-2 dan ke-3 apabila bayi mula membesar. Kandungan oksigen dalam pesawat dikekalkan supaya sama dengan di bumi. Faridah
Saya Siti..baru melangsungkan perkahwinan 9mei2009.
Saya mempunyai beberapa kemusykilan dan berharap Dr dapat meluangkan masa memberi pandangan.
1. Adakah normal apabila setiap kali selepas persetubuhan, terdapat lelehan air mani keluar dari vagina saya.Adakalanya ia dlm kuantiti yang banyak. Untuk pengetahuan Dr, saya mempunyai rahim yg rendah.(menurut Dr selepas scan).Adakah ia mempengaruhi?
2. Sejak 3hari yg lalu saya mengalami masalah perut sebu & berangin & sedikit loya, sedangkan saya makan seperti biasa tanpa membiarkan perut kosong. Saya juga mengalami pening2 dan letih badan. Saya telah berjumpa Dr dan diberi ubat angin, tetapi tiada sebarang perubahan slps makan ubat tersebut. Untuk pengetahuan Dr, saya sedang period bermula petang semalam. Bermula dgn darah yang sgt cair dan kembali period normal pada hari ini. Period terakhir saya sblm ini pada 27Mei2009. Adakah kemungkinan saya mengandung?
Diharap Dr dapat memberi sedikit pandangan.Terima kasih
Salam Ct, Tahniah puan sudah berumah tangga.
1. Mani mengalir keluar selepas bersama adalah normal, jumlahnya ada kala banyak dan ada kala sedikit. Jumlah mani tidak menentukan mutu sperma. Jadi, jumlah mani sahaja tidak mempengaruhi kehamilan. Kedudukan rahim yand rendah ada banyak makna dan doktor anda boleh terangkan selanjutnya.
2. Rasa perut sebu, kembung, loya dsb boleh menandakan peringkat awal kehamilan. Rupa darah yang keluar serta bercampur bentuk mungkin disebabkan fungsi kelenjar di pangkal rahim. Ia normal. Pendarahan yang berlaku ketika hamil adalah tak normal dan perlu diperiksa oleh doktor di klinik. Faridah
ASSALAMUALAIKUM..DR
SAYA NAK TAHU BERKAITAN DENGAN PIL OBIMIN? ADAKAH BENAR-BENAR SELAMAT DIMAKAN KERANA SAYA TENGAH AMALKAN MAKAN PIL INI KERANA SAYA MENGALAMI ALAHAN YANG TERUK SAYA TAKUT VITAMIN TAK CUKUP JADI SAYA MAKANLAH PIL TERSEBUT.
KALAU SAYA MAKAN PIL TERSEBUT PERLUKAH SAYA MAKAN ASIC FOLIC YANG DIBEKALKAN KEPADA SAYA OLEH JURURAWAT KKIA?
UNTUK PENGETAHUAN DR, SAYA BARU SAYA MENGAMALKAN MAKAN PIL TERSEBUT.
Wa'alaikumussalam Sitti, Lazimnya ibu hamil akan makan pil Obimin and juga asid folik hingga ia melahirkan bayinya. Jika puan alahan pada mana-mana ubat yang puan sedang makan, puan boleh melaporkan alahan tersebut kpd doktor anda di klinik antenatal. Doktor anda akan melaporkan alahan itu kpd badan lain yang mengumpulkan maklumat berkenaan (adverse drug reaction). Faridah
assalamualaikum Dr
1. saya nak tahu bila boleh melakukan sex semasa hamil?
2. adakah membahayakan kandungan jika melakukan sex diawal kehamilan ( 1 hingga 3 bulan usia kandungan) ?
Wa'alaikumussalam Sitti, Seks tidak membahayakan kandungan. Namum ia dielak di awal kehamilan supaya tidak menjejaskan kehamilan. Di akhir kehamilan seks diperlukan bagi memudahkan ibu bersalin normal. Faridah
Assalammualaiku.
Saya Haslina. Berumur 28 tahun .Baru berkahwin selama 6 bulan.Saya adalah penghidap Thalassemia Alpha dan baru-baru ini saya mendapat tahu suami saya juga penghidap Thalassemia Beta.Saya ingin mengetahui selamatkah jika saya mengandung dan anak yang bakal lahir nanti adakah akan mengidap Thalassemia peringkat yang lebih teruk.Saya amat berharap Dr. dapat membantu saya
Wa'alaikumussalam Haslina, Thalassemia Alfa ialah Thalassemia yang lebih serius berbanding Thalassemia Beta. Jika penghidap Thalassemia Alfa berkahwin dengan penghidap Talasemia Beta, maka ujian saringan (screening test) untuk Thalassemia bayi diperlukan supaya boleh ditentukan jenis Thalassemia dan sama ada bayi mampu hidup atau sebaliknya. Puan boleh mendapatkan maklumat & nasihat lanjut drp klinik & doktor anda. Faridah
Assalamualaikum Pn.
Saya mengalami keguguran pada 13/05. Pada 30/05, saya pergi dapatkan rawatan seperti yg dijadualkan dan katanya semuanya ok.Kemudian Dr. beri satu tarikh untuk datang semula sekiranya haid tidak datang iaitu 07/07.
Seminggu selepas saya jumpa dengan dr., darah keluar kembali pada 08/06 seperti haid selama seminggu. Namun selepas 5 hari darah berhenti, darah keluar semula iaitu pada 20/06.
Saya ingin bertanya kepada Puan, adakah darah yang keluar itu adalah darah haid atau pun tidak?Berapa lamakah keadaan ini akan berlarutan?Bilakah kitaran haid saya akan kembali normal?
Zila,
Kedah.
Wa'alaikumussalam Zila, Darah yang keluar selepas keguguran memang bentuknya begini (ia dipanggil spotting) dan ia akan beransur kurang dan lama-kelamaan akan berhenti juga. Ia boleh berterusan hingga 2 bulan. Faridah
Assalamualaikum Doktor Faridah,
saya masih belum datang haid wpun setelah 6 bulan bersalin, adakah perkara
ini normal? Tambahan saya masih lagi breastfeed tapi campur dengan susu
fomula juga kerana saya bekerja.
salam,
Ayu
Wa'alaikumussalam Ayu, Memang selepas bersalin haid akan terhenti buat sekita jika ibu menyusukan bayinya. Haid akan terhenti selama 6 bulan atau lebih tetapi haid tetap akan kembali. Perkara ini normal. Faridah
Salam dr.
Saya nak tanya, saya dah setahun lebih berkahwin dan mencuba untuk hamil tapi masih belum ada rezeki. Pernah berjumpa doktor tapi doktor meminta saya bersabar dulu dan telah menyuruh saya mengira waktu subur saya untuk bersama.
Period saya teratur, tiap -tiap bulan datang dan saya pernah membeli alat untuk check kesuburan dan memang dapat waktu yg sesuai tapi masih belum dapat hamil.
Sekarang saya cuba untuk makan EPO dan vitamin E. Jika saya dapat mengesan waktu subur saya (menggunakan alat), adakah sebab -sebab lain yg boleh menyebabkan sukar hamil..? Sebab kebiasaanya ada yg sukar hamil sebab period tak teratur.. dan apa supplement yg sesuai sy makan sbb saya takut sy ni terlalu kurus untuk hamil. Dari dulu lagi sy memang jenis kurus, dah cuba makan mcm2 tapi masih tak dapat nak naikkan berat badan.terima kasih.
Salam Norzarina, Terlalu kurus pun ada masalah tetapi tak semestinya masalah sukar hamil. Oleh kerana haid puan teratur, ia bermakna telur keluar drp ovari tepat pada masanya dan tiub Falopio serta rahim puan berada dalam keadaan baik. Masalah sukar mendapat cahayamata setelah setahun berkahwin dikelaskan sebagai infertility. Ada banyak punca ketidaksuburan ini. Puan boleh cuba ubah makanan sedikit demi sedikit supaya puan boleh jadi subur spt wanita lain. Puan boleh cuba makan kulat segar (fresh mushrooms) yang dimasak dgn sayur lain. Puan juga boleh makan sayur-sayuran spt taugeh dan makan buah-buahan spt betik merah yg manis. Ketiga-tiga makanan ini memberi kesan positif kpd wanita yg 8 tahun berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat. Saya percaya ketiga-tiga makanan ini baik untuk puan juga. Minumlah banyak air. Klaau nak tambah berat badan, puan boleh minum susu kambing, makan pisang dan roti. Faridah
|
|
Displaying Results 1 of 10
|