• Cool Tools

  • BaiBoo Newsletter

    Planning to get pregnant

    Baby's Birthday / Your Due Date

Malay Confinement

Malay Confinement

Asian Parenting Today

Dr Faridah has degrees in Microbiology, Biochemistry and Human Physiology.Her passion is traditional Malay medicine and confinement, which she has been studying for more than 20 years. She is a lecturer and researcher at Universiti Sains Malaysia and is also engaged in training and contributing to seminars on confinement.

Dr Faridah is the proud mother of 4 daughters and 2 sons. She is currently writing a book, 'History of Medicine in Malaya-Who were the early Malay doctors?' and is already planning her next book too. She avoids loud music, traffic jams, sleeping late and lifts, but loves cooking, eating, reading, gardening and.good music. Ask her anything about Malay confinement.

You can ask Dr Faridah anything about malay confinement by leaving a comment in the blog or by emailing to mconfinement@baiboo.com.my.

Displaying Results 1 of 7
Go to page

Cuba Untuk Berhamil

2009-06-24 09:29:17 0 Comment(s)

Salam dr.

Saya nak tanya, saya dah setahun lebih berkahwin dan mencuba untuk hamil tapi masih belum ada rezeki. Pernah berjumpa doktor tapi doktor meminta saya bersabar dulu dan telah menyuruh saya mengira waktu subur saya untuk bersama.
Period saya teratur, tiap -tiap bulan datang dan saya pernah membeli alat untuk check kesuburan dan memang dapat waktu yg sesuai tapi masih belum dapat hamil.
Sekarang saya cuba untuk makan EPO dan vitamin E. Jika saya dapat mengesan waktu subur saya (menggunakan alat), adakah sebab -sebab lain yg boleh menyebabkan sukar hamil..? Sebab kebiasaanya ada yg sukar hamil sebab period tak teratur.. dan apa supplement yg sesuai sy makan sbb saya takut sy ni terlalu kurus untuk hamil. Dari dulu lagi sy memang jenis kurus, dah cuba makan mcm2 tapi masih tak dapat nak naikkan berat badan.terima kasih.

Salam Norzarina, Terlalu kurus pun ada masalah tetapi tak semestinya masalah sukar hamil. Oleh kerana haid puan teratur, ia bermakna telur keluar drp ovari tepat pada masanya dan tiub Falopio serta rahim puan berada dalam keadaan baik. Masalah sukar mendapat cahayamata setelah setahun berkahwin dikelaskan sebagai infertility. Ada banyak punca ketidaksuburan ini. Puan boleh cuba ubah makanan sedikit demi sedikit supaya puan boleh jadi subur spt wanita lain. Puan boleh cuba makan kulat segar (fresh mushrooms) yang dimasak dgn sayur lain. Puan juga boleh makan sayur-sayuran spt taugeh dan makan buah-buahan spt betik merah yg manis. Ketiga-tiga makanan ini memberi kesan positif kpd wanita yg 8 tahun berkahwin tetapi tidak mempunyai zuriat. Saya percaya ketiga-tiga makanan ini baik untuk puan juga. Minumlah banyak air. Klaau nak tambah berat badan, puan boleh minum susu kambing, makan pisang dan roti. Faridah



lilly lieanqqp[at]yahoo.com 23rd Oct 2008

Assalamualaikum Dr Bgaimana sy nk tau tmpt mana yg bagus utk melakukan ujian kesuburan dsbnya?

Wa'alaikumussalam, Lilly boleh pergi ke mana-mana hospital kerajaan yang ada pakar O&G atau mengendalikan fertility clinic dan tanya kat kaunter atau jururawat. Mereka akan beritahu jika perkhidmatan tu ada ke tak. Minta semua maklumat yg diperlukan - biasanya ada pamflet. Buat temujanji (pilih masa yg sesuai, bawa suami sekali, suami kena turut hadir utk diperiksa). Mereka akan beri nasihat utk persediaan tertentu (jika perlu). Faridah


Assalamualaikum Dr Sy tlh hmpir setahun bkhwin dan mpunyai kitaran haid yg teratur cuma bmula pd bln puasa baru ni sy mula mgambil manjakani dan haid kini tidak teratur. komen dr?

Wa'alaikumussalam, Kenapa Lilly minum/makan manjakani? Apa telah terjadi pd haid Lilly? Manjakani biasanya utk menguatkan rahim. Kesan yg dialami Lilly skrg mungkin disebabkan kekurangan air dlm badan ketika puasa atau sebab lain. Adakah Lilly telah pergi ke klinik dan periksa utk mengatasi masalah haid tak menentu ini? Faridah

aziefirdaus azie_firdaus[at]hotmail.com http://aziefirdaus83.blogspot.com/ 11th Oct 2008

assalamualaikum... dr.faridah,saya nikah pada 29/12/07,last period 3/7/08.period mmg x teratur since dulu.last scan doc x dpt detect sampai 2x scan,bidan cakap urat rahim bengkak.

Wa'alaikumussalam Azie,

  1. "Urat rahim bengkak" ada banyak maksud dan pengertian. Adalah lebih baik jika keputusan skan diperincikan. Adakah rahim dan bahagian2nya normal atau sebaliknya? Adakah ovari normal? Adakah dinding rahim cukup tebal dan kukuh utk menampung kehamilan? Adakah tumbuhan pada dinding rahim?
  2. "Period tak normal" ada banyak sebab. Salah satu sebab ialah telur dari oavri tak boleh sampai ke rahim tepat pada waktu, mungkin sebab struktur tiub Fallopio (Fallopian tube) dll. Atau pun hormon tak seimbang, disebabkan oleh banyak perkara.
  3. "Last scan, 2X skan, doctor tak dapat detect" - ini bermakna memang rahim kosong, tak ada bayi, tak hamil.
  4. Untuk memperoleh "period yang normal", puan perlu pergi semula ke klinik dan minta ubat utk tujuan ini (regular period).
  5. Puan boleh mencuba minum teh mas cotet, sejenis herba yang amat diminati oleh orang Melayu. Ambil 4 helai daun mas cotet bersama 4 biji buahnya dan rebus. Minum air rebusan apabila ia jadi suam.
  6. Jika masalahnya ialah hormon tak seimbang, puan boleh cuba makan EPO (evening primrose oil).
  7. Puan boleh usaha membaiki diet seharian dgn melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran (contoh, betik, kulat dan mangga, dll).

Faridah

lilly lieanqq[at]yahoo.com 8th Oct 2008

Assalamualaikum Dr Bilakah masa yg sesuai pengambilan manjakani? Sy tlh 1thun bkhwin tp belum pernah mgandung dan risau pgambilan manjakani akn mganggu proses utk mgandung.

Wa'alaikumussalam Lilly, Manjakani dijual dalam 3 bentuk - kapsul utk telan, uncang teh (buat air teh) dan gel utk sapu. Anda boleh makan/minum dan menggunakan produk manjakani bila-bila masa kecuali semasa mengandung dan menyusu. Bagi pasangan yang sukar mendapat zuriat selepas setahun berkahwin, masalah ini dikategorikan sbg tak subur (subfertility). Jadi, kedua-dua puan dan suami perlu pergi mendapatkan pemeriksaan rapi di klinik. Setelah tahu punca masalah tak subur ni, baru boleh buat rancangan. Tapi buat masa ni, boleh ubah diet supaya lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran bagi meningkatkan kesuburan. InsyaAllah boleh dapat zuriat. Faridah

Shaza shazadmt[at]gmail.com

Salam Dr, Alhamdulillah, saya kini sedang mengandung hampir 5 bulan setelah berusaha hampir 9 tahun untuk mendapatkan zuriat ini. Ketika mengandung 4 bulan berlaku sedikit pendarahan dan doktor mendapati uri saya ke bawah, dan baru2 ini ketika dr buat detail scan di dalam rahim saya terdapat 2 ketulan fibroid. Persoalan saya:

  1. 1. Adakah fibroid itu akan mengecut @ terus membesar seiring dgn pembesaran baby dan adakah ianya mengganggu tumbesaran baby?
  2. 2. Adakah fibroid ini juga penyebab mengapa uri saya ke bawah?
  3. 3. Saya belum lagi merasai pergerakan baby, adakah kerana disebabkan fibriod?

Thanks

Salam Shaza, Syabas kerana dah boleh mengandung setelah menunggu begitu lama. Fibroid boleh membesar dgn sendirinya tak kira masa atau apa berlaku dlm rahim kecuali jika anda makan makanan yang mengandungi hormon (ubi keledek). Fibroid akan mengecut jika saluran darah kpdnya terputus atau diputuskan oleh pembedahan. Fibroid bukan penyebab uri ke bawah. Uri boleh berada di mana shj dlm rahim dan ini ketentuan Allah. Tapi, lazimnya, uri yang berada di bawah pd awal kehamilan akan beralih setelah bayi bergerak & pusing. Pergerakan bayi boleh jadi lewat bergantung kpd kemampuan bayi utk bergerak atau menendang - ia tiada kena mengena dgn fibroid. Anda masih boleh berdoa banyak-banyak semoga tabah menghadapi baki kehamilan ini. Jangan risau sangat kerana Allah lebih mengetahui kehidupan di alam rahim, maka kita berdoa dan minta Allah kesejahteraan semasa hamil dan jagalah kesihatan sebaik mungkin. Semuanya akan selamat, InsyaAllah. Faridah

yuyui nurulbudin[at]yahoo.com 18th Sep 2008

sy kmbli lg.skrg sy rsa meloya,sengal di ari2 n skit pinggang.adkh petanda awl sy mngndung?sy blm buat UPT lgi.sya sdah m,punyai 1 ank berusia 2 thn

Nurul, Petanda awal mengandung ialah rasa loya, kadang-kadang boleh muntah, tak boleh makan ini dan itu, tak tahan bau makanan terutama makanan bergoreng, letih, lemah, tak larat, sakit badan tak tentu arah, selesema, tak ada mood atau pun moody tak tentu arah, boring dgn segala di sekitar baik di rumah atau tempat kerja, fikiran tak tentu arah, rasa gelisah, dan tension tak tentu arah. Kalau nak describe pun orang Melayu kata "serba-serbi tak kena", hah macam tu lah keadaan mana-mana ibu pada saat awal mengandung. Mungkin anda kembali hamil. Boleh periksa di klinik utk pastikan. Faridah

Salam.Puan, adakah hubungan ketika waktu subur shj yg membolekan seseorang itu hamil? Saya dah 3bulan berkahwin selepas kahwin kami berjauhan,kerana kerjaya msg2, bila waktu subur saya tidak dapat bersame dengan suami kerana jatuh pada hari waktu berkeja, kami berjumpe jika ade waktu cuti.Adakah bersama suami pada sebelum/selepas waktu subur ade harapan cerah utk hamil?

Salam FH, Jika anda tidak menghidapi apa-apa penyakit, anda seharusnya telah hamil dalam tempoh 3 bulan selepas kahwin. Tinggal berjauhan dengan suami adalah punca utama ramai wanita berkahwin tidak hamil atau tidak mempunyai anak. Jika anda berdua berkerja dengan kerajaan, masing-masing diperuntukan 1 bulan cuti am, jadi boleh ambil peluang ini untuk bercuti dan bersama suami ketika subur bagi mendapatkan anak. Jika hanya menantikan cuti umum dan hujung minggu dan sentiasa terlepas peluang semasa tempoh subur, dibimbangi, semua waktu subur anda tidak dapat bersama dan harapan untuk menimang cahaya mata menjadi tipis. Gunakan peluang semasa muda sebab apabila dah tua sikit, agak sukar untuk mendapat anak, terutama apabila tidak mempunyai anak sebelum usia 35 tahun. Jika usia sudah menjangkau 40-an, memang amat sukar untuk hamil. Faridah

Displaying Results 1 of 7
Go to page
  • facebook