Shaza, shazadmt[at]gmail.com
Salam dr, thanks atas reply yang lepas. Saya ada beberapa soalan lagi untuk dr.
- Sejak kebelakangan ini saya sering sembelit walaupun saya berbuka dengan betik hampir setiap hari, dan 2 hari yang lepas saya terkena buasir dan ianya amat menyakitkan. Apakah cara terbaik untuk mengelakkan sembelit dan bolehkah saya membeli cream sapu di farmasi utk mengubati buasir, adakah ianya akan beri kesan kepada baby.
- Saya sedang mengambil ubat homeopati utk kecutkan fibroid, dan apakah pandangan peribadi Dr. berkenaan ubat homeopati?
Terima kasih atas japawan Dr dan saya ucapkan Selamat Hari Raya semoga berbahagia bersama keluarga, TQ
Salam Shaza, Memang sembelit dan buasir amat menyakitkan. Saya berikan maklumat tambahan berkenaan cara mengatasi kedua-dua masalah ini.
- Makan & Minum - Puan boleh minum banyak air. Kalau boleh, rebus buah-buahan kering spt kurma & prun, dan minum airnya sekali. Minum banyak air bersama buah yg direbus. Minum 3 gelas/cawan air setiap kali minum, sebanyak 3 kali sehari. Kalau boleh, bangun malam dan minum air masak 1 botol (500 ml). Minum air masak sebelah pagi, minum air leng chi kang pukul 10 pagi, minum air kelapa tengah hari, minum air teh bunga (warna kuning) petang dan minum air suam malam (2-3 cawan setiap kali minum). Minum air 1 cawan setiap jam, air apa pun boleh. Minum 1 botol air masak (500 ml) sebelum tidur malam.
- Nasi - Bila masak nasi, masak dgn melebihkan air supaya nasi menjadi lembut spt bubur. Elak memakan nasi biasa yg keras atau kering.
- Kuih, biskut, cornflake - Elakkan makanan kering spt kuih, biskut dan cornflake kering (tambah susu OK). Makan lebih sup dan kuah berair atau bersup.
- Daging & Ayam - Kurangkan pengambilan daging dan ayam (1 ketul OK) tapi kena makan banyak sayur. Kalau masak/makan rendang daging/ayam, tambahkan kerisik atau kelapa goreng sebagai serat tambahan.
- Sayur - Makan 200 gram - 500 gram sehari - sayur rebus, rojak, coleslaw, pasembur, dll. Makan banyak sayur/sup sayur setiap hari.
- Buah-buahan - Makan banyak buah-buahan yg tinggi serat spt mangga dan labu (labu kuning). Kalau ada masa beli-belah, beli dan makan pisang dan limau sunkist setiap malam sebelum tidur (3 biji pisang & 1 biji sunkist). Makan buah-buahan spt betik, kurma, prun rebus, dan jagung rebus, dsb.
InsyaAllah, keadaan puan akan pulih spt normal.
Faridah
Dear Advisor,
My husband and I have been married for about a year and recently we have plans to have baby. We plan to conceive in month of November. As we r planning a pregnancy, we have been observing a few months' period cycle. (As to give me some while to get ready myself, to enter another level of life, that is to become a Mother!).
My last period is on 3/9/08 (this month) and ends aroud 7-8/9/08. My period is a 28 days cycle. I have not encounter before the ocassion that i will have early period than 28 days cycle, but to my surprise, i'm having my period so much earlier this month which is less than 28 days! (spot some bleeding since Saturday - 20/9/08).
So my plan to conceive by November has been interupted. My next period (Oct) should be by end Sept or on beg. Oct now, i have no idea whether period will come again in next 2 weeks or not, which is supposed to schedule by end Sept or early Oct.
I'm having a heavy flow period this time. I would like to ask, whether am i going to have period again in the supposed 28 days schedule period, so i would be able to judge my fertile period in order for me to confirm conceive.
(for your info, we do engaged in sexual intercourse in mid of Sept, and to my surprise, after the intercourse, i find myself bleed. A day or two, the spot is getting less and gone. So further from there, i'm not worried about the spot because i thought its normal).
That what worries me now that I couldnt judge my next fertile period, should it follow the first scheduled period comes which is :-
Either end Sept or 1st Oct - 15d later or Mid Sept (now) - 15d later?
I'm totally confused and worried whether will i be able to conceive by November or not.
Highly appreciate your reply in my doubt queries.
Thank you very much. Esther Teng a.k.a Mrs Lee.
Dear Esther,
- The 28-day cycle is an accepted norm but is highly subject to hormonal changes.
- Bleeding can occur on time under normal hormonal balance. But it can occur earlier or later than expected. Your hormones are in-charge.
- Some women have thicker than usual uterus (and thus thicker uterine lining) and will bleed more than others. This sort of bleeding can be controlled by hormone pills (get advice from your clinic).
- Some women have much thinner than usual uterus (and thus thinner uterine lining) and will bleed little compared to others. Little period is an indicator of less likely pregnancy (ie difficult to get pregnant). There are hormone pills to make the uterus suitably thick for a pregnancy to occur (get advice from your clinic).
- Hormonal changes within a women fluctuates and is subject to many things, very often dietary intake and stress.
- Some women bleed monthly (have normal periods) but have no babies for a long time after marriage - the causes are many and can include problematic Fallopian tubes, hormonal imbalance, obesity, etc
- What is recommended for newly weds and couples who want children - have sex daily until there are clear signs of pregnancy. It takes more than just the usual sex to get a baby. Babies don't come easy nor are they pre-assembled.
- Dietary intake is the #1 reason why ladies don't get pregnant. Take lots of fruits, vegetables and water if you want to get pregnant.
- Stress is the #2 reason why ladies don't get pregnant. If you have to rush things, then you are more likely not to get pregnant. Learn to relax and enjoy, minus the stress. A holiday or vacation might work.
- If you have sex close to your next period, tendency is you will not get pregnant, and will bleed.
- If you have sex immediately after your previous period, tendency is you will get pregnant, and not bleed.
- You actually don't have to know when your next period is coming but plan on having sex immediately after your next period. That way, you should be able to get pregnant quite easily.
- After you have sex, and if you want a pregnancy, then don't get up immediately to wash up. Lay in bed for at least 10 minutes for the sperm to find the right egg. If you get up soon after sex, it is more likely that the sperms will all flow out, and little sperms remain within your uterus or Fallopian tube for fertilization to occur. In the end, you don't have a pregnancy. Give yourself a lot of time for sex and after sex.
- Bleeding after each time you have sex is a sign that the cervix or vaginal lining (walls) are terribly hurt. Make sure you have enough lubricant cover. Don't use spermicidal cream or you will kill the sperms. You can get the gel/cream from your clinic. That way you won't bleed after sex.
Faridah
erni dirwana_02[at]yahoo.com 23rd Sep 2008
Salam,.Doc sy ingin bertanya.. Anak lelaki sy berumur 1thn3bln.. 1.bagaimana mengubati kudis buta yg dialami sejak dr bayi. jemur/rebus pakaian sdh dilakukan..ubt doc pun disapu
Salam Erni, Kudis buta boleh naik bila-bila dan di mana sahaja pada tubuh bayi dan kanak-kanak.
- Puan boleh cuba minta ubat sapu Betnovate cream dan sapu pada kudis buta. Jangan sapu banyak - ubat ini racun. Buat setiap kali selepas bayi dah mandi dan kulit dikeringkan. Sapu 2 kali sehari, pagi sekali dan malam sekali. InsyaAllah, kudis akan surut dan hilang.
- Jangan biarkan bayi tidur atau terbiar berendam lama dlm peluhnya.
- Jgn biar bayi menggaru kepala atau kulitnya - potong kukunya supaya pendek. Pakaikan sarung tangan jika perlu - tukar kerap jika berpeluh.
- Puan boleh mandikan bayi dan sapukan tepung ubi kayu pada badannya semasa masih basah. Lumurkan ke seluruh badan. Elakkan bahagian muka (mata, hidung, mulut dan lubang telinga). Biarkan kering. Ini membersihkan dan menyejukkan kulitnya. Ia memberi rasa selesa kpd bayi. Puan juga boleh lumurkan sedikit tepung ubi kayu pada bahagian permukaan dalam pakaian bayi sebelum mengenakan pakaian bayi.
- Puan boleh basuh dan celup pakaian bayi dlm kanji (bancuh dan buat lebih pekat drp biasa). Sterika pakain bayi dan lipat. Pakaian berkanji memberi rasa selesa pd bayi yg berkulit sensitif atau kuat berpeluh. Puan boleh kanjikan semua kain alas tidurnya, sarung bantalnya, dll.
- Puan boleh bubuh sedikit Tea Tree Oil (beli dari farmasi) pd bahagian yg berkudis shj. Hati-hati apabila menggunakannya (ia minyak angin yang agak pedih utk bayi & dewasa). Ia amat mujarab utk menghapuskan semua jangkitan pd kulit, termasuk kutu, hama, alahan, dsb. Cuba pd kulit puan sendiri sebelum mencubanya pd kulit bayi (ingat ia amat pedih, jadi guna sikit shj).
Faridah
erni dirwana_02[at]yahoo.com 23rd Sep 2008
Salam,.Doc sy ingin bertanya.. Anak lelaki sy berumur 1thn3bln.. 1.bagaimana mengubati kudis buta yg dialami sejak dr bayi. jemur/rebus pakaian sdh dilakukan..ubt doc pun disapu
Puan boleh berjumpa pakar kulit, Dr Noraziah, di Darul Ehsan Medical Centre.
Maklumat tentang kudis buta (scabies):
Kudis buta dikenali sebagai scabies. Ia adalah penyakit kulit.
- Penyebab: Kudis buta disebabkan oleh hama (scabies mites, 0.4 mm length). Hama kudis buta boleh dilihat menerusi mikroskop. Hama kudis buta menggali terowong di bawah kulit dan bertelur di dalam terowong yang digalinya. Terowong ini kelihatan spt garisan berwarna merah pada kulit. Kehadiran terowong di bawah kulit ini menyebabkan rasa gatal berterusan (continuous itch; allergy to foreign body).
- Punca gatal: Kudis buta sering menjangkiti bayi dan kanak-kanak di taska/tabika/tadika dan juga di sekolah. Kudis buta juga menjangkiti semua ahli keluarga. Kudis buta mudah berjangkit menerusi persentuhan (contact) dan perkongsian bilik, tempat tidur dan pakaian (semua jenis pakaian, telekung, cadar, sarung bantal, tilam, selimut, tuala, dll).
- Jangkitan: Tubuh manusia menjadi tempat hinggap dan pembiakan (host) hama kudis buta untuk selama 2-3 hari sebelum ia mati. Akan tetapi, manusia sentiasa bersentuhan dan berkongsi pakaian & tempat tidur, maka hama ini terus berpindah-randah dan membiak (person-to-person transmission).
- Bahagian dijangkiti: Hama kudis buta tak suka panas dan suka tempat yang sejuk. Oleh itu, bahagian tubuh yang sering dijangkiti kudis buta ialah di bawah paras leher hingga ke tapak kaki. Bahagian yang terlibat terlindung dan sejuk seperti celah jari, kaki, ketiak, kemaluan dan punggung. Kudis buta jarang mengena bahagian badan atas drp paras leher, iaitu muka dan kepala kerana bahagian ini terdedah kpd panas dan kering.
- Gatal pada muka: Namun bayi lebih kerap terkena kudis buta di bahagian muka. Bagi orang dewasa yg mukanya rasa gatal-gatal, ini mungkin bukan kudis buta, tapi besar kemungkinan alahan pada makeup atau ekzema (eczema). Perlu berjumpa doktor utk merawat gatal-gatal pada muka.
- Jangkitan bernanah: Jika pesakit kudis buta menggaru dan kulit merkah, bakteria pula boleh menyelinap masuk dlm kulit dan membiak pada kulit dan menyebabkan kulit berair dan bernanah (skin infection). Kehadiran nanah menyebabkan badan berbau kurang enak.
- Jangkitan berpanjangan (chronic infection): Jangkitan berpanjangan menyebabkan kulit menjadi tebal, keras, gelap dan bergerutu seperti kulit pokok (tree bark). Kulit amat gatal dan berasa sakit. Kulit amat sukar dirawat apabila berada di peringkat ini.
- Rawatan kudis buta: Jangkitan kudis buta memakan masa yang agak lama sebelum pulih sepenuhnya. Ubat yang digunakan termasuklah malathion dan benzoate untuk membunuh hama kudis buta. Ubat perlu disapu ke seluruh badan termasuk tangan dan tapak tangan, selama 12-24 jam. Semua bahagian badan perlu disapu dengan rapi tanpa membiarkan walaupun seekor hama terlepas dan terus membiak. Ubat-ubat ini amat racun untuk hama kudis buta dan hama akan mati dalam 24 jam. Apabila hama mati, jangkitan kudis buta akan mula surut dan reda.
- Cara merawat pakaian: Pakaian yang terkena jangkitan kudis buta boleh direbus (air mengelegak) atau diletakkan dalam beg plastik dan diikat, dan biarkan selama sebulan untuk membunuh hama.
- Cara merawat bantal & tilam: Bantal dan tilam boleh dijemur di bawah matahari yang terik supaya hama mati. Boleh spray tempat tidur (bantal & tilam) dengan spray nyamuk atau lipas (hama akan segera mati). Tempat tidur juga boleh dicomorkan dengan tea tree oil yang dibeli di farmasi. Spray atau comorkan setiap hari, 1 jam sebelum tidur.
- Rawatan menyeluruh: a) Semua ahli keluarga dan orang-orang yang tinggal serumah perlu dirawat. b) Seluruh isi kandungan rumah (cushions, carpets, throw pillows) perlu dibersihkan daripada hama kudis buta. Spray Ridsect atau sapu tea tree oil. Jemur barangan di bawah matahari terik jika perlu.
- Tempoh rawatan kudis buta: Bagi dewasa ia mungkin memakan masa hingga 2-3 tahun sebelum rasa gatal reda. Kulit pula memakan masa 1-2 tahun untuk sembuh. Namun, kulit akan kelihatan gelap dan kasar. Sapuan krim pelembut mengandungi vitamin E membantu melembutkan kulit dan mengatasi masalah kulit kasar. Sapuan salt scrub semasa mandi membantu mencerahkan semula kulit.
- Kawalan jangkitan kudis buta di asrama (dorms): Asingkan pelajar yang terkena jangkitan (isolation room). Rebus dan basuh pakaian.
Faridah
asyikin norasyikin82@yahoo.com 22nd Sep 2008
Salam pn...terima kasih banyak2 puan....Selamat Menjalani Ibadah puasa...dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri... :)
TQ kembali dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Faridah
Maya: vivamaya[at]hotmail.com 23rd Sep 2008
Dr,aft delivery,i discover there r feaces coming out through my vagina n sometime i pass wind through my vagina,is it normal dr?thanks
Maya, I think you might have a torn colon and torn vagina such that your faeces comes out through the wrong channel. Are you past 6 months or still within confinement? Please go back to the clinic and get proper examination.
Faridah
lili: liliputih[at]gmail.com 23rd Sep 2008
Doc,kemaluan saya akan terasa perit(spt kena cili)apabila disentuh dgn tgn dan pedih dlm melakukn "hbgn intim".Bantu saya Doc.. :(
Lili, kemaluan akan rasa perit setelah mengadakan hubungan intim untuk tempoh agak lama dengan bahagian berkenaan tergesel kuat atau lama, dan bahagian dlmnya terdedah sedikit (exposed inner parts). Bahagian yang terasa perit itu ialah klitoris yang teruja (clitoris in excited state). Rasa perit akan surut dan hilang dgn sendirinya selepas 2-3 hari setelah klitoris kembali ke bentuk asalnya. Jika ia sentiasa perit setelah mengadakan hubungan, puan boleh mencucinya dgn air suam atau air suam bercampur sedikit garam halus. Jangan gosok bahagian yang perit sebab ia amat lembut dan mudah terkoyak, dan menyebabkan infeksi.
Faridah
Suraya sue82_kl@hotmail.com 24th Sep 2008
Baby saya lahir dengan berat badan 3.35kg dan 50cm panjang. Sekarang baby saya 2 1/2 bulan dah berat dah mencecah 7.3kg dan 67cm. Saya ingin tahu susu yg rendah lemak
Suraya, Bayi anda menepati berat badan semasa dilahirkan dan beratnya telah cepat bertambah dlm 2.5 bulan. Panjangnya bersesuaian. Namun, beratnya perlu dikawal supaya bayi tak jadi obes (obese). Puan boleh pilih susu formula kurang lemak. Cari formula yang berasaskan susu soya dan kurang lemak (baca kat label). Jangan berinya susu cair atau susu formula yang dicairkan. Faridah
nora mondouque@yahoo.com 23rd Sep 2008
akum pn.saya kegugurn bulan lps dan haid slps 2minggu darah gugur kering.kini saya haid kembali tapi darah haid saya berwarna coklat + pink,loya & pening2.haid saya awal dr spatutnya.
Salam Nora, Darah selepas keguguran mengalir, kering dan sambung balik mengalir. Warna darah pun boleh bertukar-tukar. Jumlah darah akan berkurangan. Keadaan ini boleh berlarutan lebih sebulan sebelum ia bertukar menjadi tompokan darah, dan kemudiannya benar-benar berhenti. Semua kekeguguran perlu berada di bawah pemerhatian doktor sehingga ibu pulih sepenuhnya. Pening & loya kemungkinan disebabkan migrain (migraine). Migrain pula mungkin disebabkan oleh kekurangan air dlm badan (dehydration) dan aras gula dlm darah (hypoglycaemia). Adalah baik puan kembali ke klinik jika risau. Faridah
FAM cikcookies@yahoo.com 23rd Sep 2008
salam,sy keguguran akibat " hormon imbalance"- progestrone saya kurang.Bagaimana cara saya untuk meningkatkan hormon ini? terima kasih.
Salam FAM, Banyak bersabar dan cuba lagi. Doktor anda boleh beri ubat berupa hormon utk menguatkan rahim dan mengelakkan keguguran berulang. Faridah
|
|