Assalamualaikum Dr Firdaus,
Saya kini mengandung anak ke- 2 setelah menunggu 8 tahun. Kini usia kandungan saya telah menjangkau 6 bulan.
Sejak 2 bulan kebelakangan ini, saya gemar makan kacang tanah (putih). Saya ingin tahu apakah ianya tidak memudaratkan kandungan?
Dan apakah zat-zat yang terdapat didalam kacang tersebut.
Terima kasih.
Tahniah Puan kerana bakal menimang cahaya mata yang ke 2. Untuk pengetahuan Puan, kebanyakkan kekacang banyak mengandungi zat yang tinggi, terutama kacang soya. Kacang merupakan makanan yang penuh berprotin dan mengandungi kesemua lapan asid amino yang diperlukan untuk kesihatan yang baik. Ia mengandungi isoflavon, saponin, asid lemak tidak tepu, lesitin, vitamin dan pelbagai jenis zat-zat keperluan harian kita seperti kalsium, besi, potasium, fosforus dan lain-lain lagi. Tiada masalah yang besar jika Puan menyukainya dan tiada sebarang alahan memakannya, apa yang penting diet seimbang perlu dititik-beratkan sepanjang tempoh mengandung, dan berpada-padalah apabila mengambil sebarang makanan yang disukai.
Firdaus
Assalamualaikum Dr Firdaus,
Saya Hanie dan saya berusia 31tahun.Sekarang ini saya tidak lagi bekerja.Suami saya berusia 37 tahun.Saya sudah berkahwin selama 8 tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata.Sepanjang usia perkahwinan saya,saya dan suami banyak lakukan usaha semata2 untuk mendapatkan cahaya mata.Pada peringkat awal perkahwinan saya ada mengurut tradisional untuk beberapa kali dan pada tahun 2004 saya dan suami pergi membuat program LPPKN dan juga ujian IUI.Kata dr. kedudukan dan saluran rahim tiada masalah.Begitu juga dengan suami saya,beliau dapat menghasilkan telur yang banyak.Selepas membuat ujian tersebut masih juga belum berhasil.Kemudian saya berhenti dari program tersebut.Selepas dan Sejak dari tahun itu saya tidak lagi berjumpa dr. pakar sehinggalah kehari ini.Pada 2008 saya mengikuti program kehamilan iaitu Biodex.Selama 4 bulan berturut2 saya mengikuti pemakanan tersebut akan tetapi masih juga belum berjaya.Pada hujung tahun 2008 saya dan suami disyorkan makan produk HIMALAYA yang berasaskan herba..Saya dan suami meneruskan pemakanan tersebut sampai kehari ini.Sekarang,saya hampir putus asa kerana usaha kami masih belum mendapat hasilnya.
Saya agak tertekan dengan orang yang berada disekeliling saya,akan tetapi saya redha dengan ketentuan ilahi.mungkin inilah dikatakan dugaan.Saya dan suami ingin benar menimang cahaya mata kerana anak ini adalah pelengkap rumah tangga yang kami bina selama ini.
Dr,
1- Persoalan saya,apa yang perlu saya buat sekarang dan
2- Apakah perkara yang perlu dilakukan oleh saya dan suami?
Dari,
Pn Hanie
W'salam Puan Hanie,
Pelbagai cara dan usaha telah Puan dan suami lakukan untuk mendapatkan cahaya mata. Tempoh 8 tahun pastinya memberi tekanan kepada Puan dan suami terutama apabila terpaksa berulang-kali bercerita dan mengadu masalah kepada rakan-rakan, ahli keluarga termasuk golongan yang pakar di dalam bidang kesuburan.
Sebagai seorang Islam, saya pasti setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya. Pelajarilah pelbagai teknik untuk mengawal stres apabila berhadapan dengan isu ini dan cuba alihkan perhatian dan hala tuju kehidupan kepada aktiviti yang lain.
Sebagai contoh, ada orang yang tidak mendapat anak cuba mengambil kesempatan ini dengan menumpukan banyak kepada bidang perniagaan atau mengambil kesempatan meningkatkan aktiviti keagamaan seperti menghafaz Quran. Ada juga orang mengalih pandangan dengan memikirkan "sekiranya aku dapat anak, mungkin ada ujian lain yang tak boleh dihadapi pula, seperti anak jatuh sakit, menghidap penyakit yang sukar diubati atau sebagainya".
Oleh itu, ambil kesempatan ketika tiada cahaya mata ini dengan sesuatu yang positif, amalkan bersedekah yang dikatakan mudah untuk dileraikan ujian-ujian yang berat, dan apa yang penting, percaya dan yakin perancangan Allah itu di luar batasan akal manusia. Jangan putus asa, nikmatilah kehidupan ini dengan lebih tenang.
Firdaus
Dear Dr. Firdaus,
I have a toddler age 1 year and 1 months plus,she has a tantrum. She always shows anger when we are not fulfilling her instructions or wish. E.g. she wants to go to room, she can't walk yet, so she needs us to hold her hand to bring her to room, if we didn't do that, she will show anger like crying, sleep directly on floor and so on. The only way to comfort her is to fulfill her wish only she happy and quiet. Another thing, she doesn't like to drink plain water since baby time, the only thing we do is forcing her to drink or sometimes bring her toys to distract her attention. She is drinking using small cup.
Is there anything we can do to improve the condition?
Please advice . thanks!
Phaik Choo Lim
Dear Phaik Choo,
Two issues here:- tantrum and plain water. For the first one, at her level of age, sense of self is develop that make she really put parents to follow her demand, otherwise, she will show intense emotional reaction that parents end up could not understand, why.
The answer is this the only way of communication that children do at that age. That is via crying, show anger, kicking etc. So, what parents can do is evaluate parenting habits in two things:- (1) Fulfill the wish with unconditional love, but explain why they got all the attention(2)If child behave negatively, take your time to calm them down, give them option or just ignore.Physically punishment does not work as effective as praise their good behavior and encourage or motivate them to do correction when they are wrong.
Second issue is about plain water. That is fine if she can get liquid from other sources such as milk, youghurt, fruits, soups etc. Give a sip of plain water for several times a day after mom and dad acting in roleplay are good start as well.
used to show a pretty Barbie and ugly Barbie to my daughter to explain the good and benefits of drinking plain water and even brushing teeth habit! After all, not so much worry as she at the stage of exploring colorful of life.
Firdaus
Assalamualaikum Dr
.
I have a 2 year old baby boy and i'm expecting another one in May 2009. After giving birth to my first baby i suffered post natal depression.I didn't realise that I had it at the time, all I thought was i was feeling down. It was a suicidal depression and it was scary. Now my question is, how to avoid it. Will it happen again? How to make my husband understand that I need his support in this matter. He thinks I made it up. Please help..
Thank you.
W'salam.
Despite your sadness and confusion, I want to raise two good things here:-First, it is good that you are aware of the symptoms and condition of post-natal depression.Those who are aware usually better able to manage the symptoms especially with professional guidance.
However, I hope you have consulted the professional such as medical doctors or psychiatrist in order to label yourself of having PND. If you have done so, I know it is hard to believe and to live with it, but one thing I can re-assure you is PND has absolute ways to manage it.
Second, congratulations for your expecting newborn despite all the tough and hardiness time you had in previous and at the moment.
So,back to your questions. In order to avoid it, firstly you can work from your inner thoughts and feelings first. If you do have lots of negative thought about the pregnancy, about managing the future with two little kids, about your husband etc, try as much as possible to list out the opposite thoughts for each of the negative thought by replacing to rational thoughts.
For example, if there is a thought of "I know I will be sad again and again, no matter how much I try" you may want to replace with "I know I may be will be sad, but I can try out many new things (such as do A or do B), at least I try rather than put my frustration up front and end up do nothing".
Second, manage your stress level, balance your workload, light excercise and enough rest, enjoy your pregnancy time with pleasure activities that can help you to control your mood. It may be difficult in the beginning, but you will feel okay once you start. Make sure you take all required supplement for your health and your baby. Best thing to have somebedoy to confide with such your sister, mother, best friends when you feel down. Try as much as possible to talk to somebody or to do things that you know will make you overstress. The more you things about your negative mood, the more you feel tight about it. So think more about the solution (What else can I do?) and start doing it!
To answer whether the symptoms will be back again, it is all depends what you have done in managing the symptoms. If you consult the professional, the doctor can help your husband to understand that the PND does exist and it is not an enjoyable thing to make it up. Google PND in internet and you will find many support group talking about things you experience. Myself have wrote something on PND in last year issue if you may want to check it out.Take care.
Firdaus
Assalamualaikum Dr. Firdaus,
saya mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 5 tahun. masalahnya dia menghadapi masalah untuk memberitahu yang dia sakit perut untuk buang air besar. Atau lebih senang dia suka membuang air besar dalam seluar. Saya dan suami sudah puas menasihati dia, jika dia ingin terasa nak buang air terus ke bilik air. Sebaliknya, dia akan menyorok di dalam bilik untuk membuang. Dan dia sering terkencing di dalam seluar. Bolehkan Dr. terangkan, apa masalah yg dihadapi oleh anak saya.
azmah
W'salam Puan Azmah,
Persoalan puan adalah berkenaan dengan kesukaran anak yang berusia 5 tahun ini, untuk memberitahu puan dia ingin buang air kecil dan besar atau sukar untuk melakukannya sendiri. Jadi pertamanya, saya mengandaikan anak puan tidak menghadapi sebarang masalah aktiviti harian (ADL) lain atau boleh dikatakan tumbesaran fizikal dan mentalnya adalah lebih kurang serupa dengan kanak-kanak sebaya dengannya.
Sekiranya puan musykil tentang perkara ini, eloklah diusulkan perkara ini kepada pakar kanak-kanak (paeditrician), pakar psikiatri kanak-kanak (child psychiatrist) atau pakar psikologi klinikal (clinical psychologist) yang berdekatan untuk memastikan tahap anak puan. Oleh itu, sekiranya toilet training atau pengendalian mengajar anak untuk menguruskan urusan buang air kecil dan besar sahaja fokus puan, saya boleh berikan sedikit maklumat atau tips berkenaan dengannya.
Secara umum, toilet training mulai dilatihkan kepada anak-anak antara umur 1 hingga 3 tahun. Sekiranya selepas umur tersebut, anak-anak masih belum menguruskan dirinya, ibu bapa perlu membuat beberapa langkah serius untuk memastikan anak boleh menguruskan diri mereka memandangkan mereka perlu menyesuaikan diri di alam persekolahan.
Dua perkara penting yang perlu diingatkan ialah:-
(1) Toilet training bukan satu pertandingan, di mana ada ibu bapa suka membanding-bandingkan dengan adik beradik atau saudara-mara lain supaya anak mereka boleh lekas bijak beritahu bila mereka hendak buang air kecil atau besar.
(2) Kesalahan dalam menguruskan toilet training seperti menengking, memaksa, memukul, berkasar ketika menyuruh buka seluar atau menekan bahu anak untuk duduk, menakut-nakutkan anak-anak boleh menyebabkan naluri atau fitrah anak-anak untuk merasai nikmat buang air kecil atau besar itu boleh terbantut dan ini boleh memberi implikasi yang negatif dalam tumbesaran mereka, terutama di dalam pembinaan personaliti dan keupayaan mental mereka.
Oleh itu, secara ringkas di sini, antara tips yang boleh puan dan suami lakukan adalah:-
(1) Fahami kegusaran, ketakutan dan kegelisahan anak puan--anak umur 5 tahun biasanya boleh beritahu perasaan mereka dan menceritakan apa yang mereka takut dalam bentuk gambaran ataupun secara jelas
(2) Sentuhan secara fizikal dan kata-kata positif untuk meyakinkan kebolehan anak penting sepanjang tempoh toilet training--pegang bahu, gosok belakang sambil katakan "abang sakit perut yer, sabar yer tahan sikit, mama teman abang dalam toilet sama-sama okay, abang boleh pegang tangan atau kaki mama kalau abang mahu meneran
(3) Setiap kali anak berjaya buang air kecil atau besar di tandas, bagilah pujian segera, sebagai contoh katakan " baguslah anak mama buang di toilet, mama sayanglah good boy mama dah pandai buang kat toilet" dan sebagainya, dan bagilah penghargaan seperti makanan yang disukai atau seluar baru atau bersiar-siar dan bermain bersama-sama permainan yang diminati.
(4) Perhatikan diet anak puan, banyakkan makanan yang tinggi serat, buah-buahan dan sayur-sayuran dan air putih bagi memudahkan penghadaman anak--kerana ada juga anak tidak suka toilet training kerana sembelit atau najisnya keras.
(5) Konsisten, kawal emosi puan dan suami sepanjang tempoh toilet training, bagi tempoh masa dalam tiga bulan, sekiranya masih tidak berjaya rujuk kepada golongan profesional untuk bantu puan.
Assalamualaikum Dr Firdaus,
Saya Siti dan saya baru saja mengalami keguguran pada 28 Disember 2008 setelah 4 tahun menunggu untuk hamil. Saya merasa amat tertekan sekarang kerana saya memang dah lama mengharapkan kehadiran cahayamata dalam rumahtangga saya. Namun baru-baru ini saya dapat menghadapi tekanan tersebut dengan sokongan suami dan kesibukan kerja.
Namun sejak akhir-akhir ini saya merasa kembali tertekan kerana saudara saya yang baru berkahwin datang tinggal bersama saya dan didapati hamil anak kembar walaupun baru dua bulan berkahwin. Kehamilan beliau telah menyebabkan saya kembali memikirkan kandungan saya yang gugur sebelum ini dan saya merasa semakin terkekan. Apabila berseorangan, saya akan menangis. Masalah saya sekarang ialah, saya tidak boleh berada berhampiran perempuan hamil. Saya akan rasa amat tertekan sehingga kadang-kadang seharian saya takkan bercakap dengan sesiapun termasuk saudara saya yang hamil dan suami saya.. Saya tak tahu apa yang patut saya buat kerana saudara saya yang sedang hamil ini tinggal dengan saya dan bekerja satu pejabat dengan saya. Kadang-kadang saya rasa mahu menyuruh beliau mencari rumah lain, tapi saya tak tergamak sebab saya tahu beliau dan suami beliau susah kerana berkahwin di usia yang sangat muda dan masih belum tahu berdikari. Saya sangat tertekan sehinggakan kadang-kadang saya bergaduh dengan suami kerana masalah ini. Berada berhampiran wanita hamil menyebabkan saya teringatkan kandungan saya sebelum ini.
Apa yang patut saya buat Doktor? Bagaimanakah cara untuk mengurangkan tekanan saya?
W'salam Puan Siti,
Satu strategi yang boleh saya kongsikan di sini bagi menghadapi tekanan yang di alami ketika ini iaitu; kawalan fikiran secara rasional boleh membantu mengurangkan perasaan dan tingkahlaku negatif seseorang. Pada saat ini, pastinya puan percaya bahawa faktor tekanan yang puan alami seperti keguguran, harapan untuk mendapat cahaya mata setelah 4 tahun berkahwin dan kehadiran saudara di rumah yang sedang mengandung adalah punca puan tertekan.
Walau bagaimanapun, apa yang sebenarnya mengikut teori kognitif tingkahlaku adalah, faktor tekanan atau situasi yang membuat kita tertekan hanya menyumbang 10-20% sahaja di dalam hidup kita, di mana selebihnya adalah lebih bergantung kepada cara kita berfikir, cara kita mengawal tingkahlaku dan sistem biologi di dalam tubuh badan kita.
Oleh itu, apa yang boleh puan lakukan sekarang adalah mencari hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku, menghargai lebih banyak nikmat yang dikurniakan Allah berbanding dengan sedikit ujian yang diberikan dan seterusnya cuba ikhlaskan diri untuk melayan saudara puan atau mana-mana wanita hamil dengan baik dengan berdoa agar Allah juga mudahkan rezeki "berjangkit" mendapat cahaya mata di kemudian hari. Lagi banyak puan tertekan, lagi sukar untuk hamil dan juga adalah tidak baik untuk bayi sekiranya ibu yang mengandung berada di dalam keadaan tertekan. Banyakkanlah bersedekah agar dimurahkan rezeki di dalam perkahwinan dan kehidupan.
Sekiranya puan menghadapi kesukaran untuk menghadapi semua ini berseorangan, rujuklah kepada pakar psikologi atau kaunselor yang berdekatan. Rujukan kepada pakar sakit puan juga boleh membantu untuk mengenalpasti masalah kehamilan.Yang pasti, elakkan berseorangan, carilah rakan untuk berbual dan lakukan aktiviti kehidupan yang menceriakan berbanding hanya duduk memikirkan kesedihan puan.
Firdaus
Hi Dr Firdaus:
Good day.
I am Kelly, a new mother of a baby girl by the name of Ivy Chu. She is 9 months old now. At birth, she was diagnosed with congenital hypotyroidism and currently I am happy to say that her condition is well controlled with closely monitored daily intake of oral tyroid medication. She is developing well and doing ok with the treatment.
Nevertheless, Ivy showed symptom of crossed eyes since born. I understand that for a baby less than 3 months, their eyes are still learning to function as a unit, thus I keep patient and continue to observe.
When Ivy was about 4 months, her sign of crossed eyes improve. Both her eyes can move together, responding well to moving object. Nevetheless, her left eye still show sign of misaligned. On top of it, she tend to tilt her head to the left. She show sign of tilting her head almost all the time especially when she watch TV or focus on camera. Without hesitation, I talked to my regular doctor ( MOH doctor who monitored Ivy's hypotyroidism) and we were given a referral letter to see an eye doctor 5 months later.
Last week, we were at MOH, made for the eye check appointment. The eye doctor carried out comprehensive examination, checking for nearsightedness and farsightedness. The result disclose that Ivy's eyes sight is normal. She show farsightedness and I was told that her power is in normal range.
The preceding eye check is on the interior and back of the eye. The doctor use special instrument called an ophthalmoscope to see through to the retina and optic nerve at the back of the eye. The disaster started where Ivy cried and struggled as the doctor try to insert a gadget to force open her eyes in order to see through her eyes. She was panicked, cyring and yelling, at last the doctor gave up. The eye doctor suggested to sedate Ivy in the next examination.
My concern now is that is it safe for my daughter to go through sedation at the age of 9 months?
What does her tilting head suggest? A bad habit or a neck problem or an eye problem?
Is it too late to go for eye check up at the age of 9 months?
If she is confirm to suffer from strabismus, what would be the consequences? Can it be cured?
Is her eye condition somehow related to her hypotyroidism?
I am worry and feeling so helpless. What would you suggest ?
Look forward to hear from you soon.
Regards
Kelly
Dear Kelly,
Thanks for the question. Day and night may be not very easy for you to struggle with little Ivy, but I believe with early consultation and action as what you did in the past and today will pay off one day. General milestone development (gross motor) at her age, she should be able to sit on her own around this time. However, should you have doubt regarding her developmental milestone and her hypothyrodism, as well as the tilt head problem , the best person to consult is paediatricians. They may be able to explain your concern in better picture. For the sedation, there is not particular problem at any younger age so long after your child have been assessed by anaesthetist. The consultant usually will explain types of sedation, procedure and the side effects (if any), if they don't, you have absolute right to ask. Regarding the eye problem, ophtalmologist is the right person to get an opinion. Obviously it is not easy to see the child is struggling when the clinical procedure is been taken, but what Ivy's reaction towards it is consider normal and it just give a tough time for the clinician to do their work, but nothing that harm or make her condition worse. You may want to introduce some sort of behavior modification such as give something that she likes (lollies, juice , toys etc) every time after medical examination or going to hospital, so she can associate that every time she has to undergo medical treatment or see doctor, she still will be appreciated.
Sewaktu mengandung anak yang kedua, pada bulan2 yg terakhir sy di dapati mempunyai tekanan darah yg tak menentu. Anak sy dilahirkan secara 'induse' pada 10/01/2003. Selepas kelahirannya, tekanan darah sy juga tidak menentu hingga sekarang. Kini sy mengandung anak yg ke-3. Pada awal pregnancy lagi sy di dapati tekanan darah tak menentu dan di tahan di PPUM 1 hari. Sekarang sy di suruh makan ubat calsium dan aspirin 100mg. Bolehkah anak sy di lahirkan secara normal atau haruskah di casaer? Apakah komplikasinya?
Stefi
Puan,
Kehamilan yang menyebabkan hipertensi berlaku apabila tekanan darah diastolik mencecah lebih 90mm Hg. Adakalanya keadaan ini disertai dengan protein dalam air kencing.Hipertensi yang disertai dengan protein dalam air kencing semasa hamil yang dikenali sebagai preeklampsia ini biasanya berlaku pada trisemester kedua kehamilan iaitu selepas 20 minggu kehamilan. Apa yang membimbangkan, preeklampsia ini tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal dan tidak semua yang mempunyai masalah hipetensi akan mengalami masalah ini. Pelbagai komplikasi terhadap janin seperti kelahiran pramatang, kes sawan dan sebagainya adalah berpunca daripada masalah hipertensi yang dialami oleh ibu semasa mengandung. Ini kerana janin yang sedang membesar perlu mendapatkan sumber keperluan termasuk zat makanan, oksigen dan sebagainya daripada ibunya.Sehubungan itu, jumlah darah dan zat makanan mencukupi yang melalui uri dan tali pusat diperlukan. Saya yakin pakar O&G yang puan temui akan menerangkan pelbagai langkah pencegahan awal yang boleh Puan lakukan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku. Mengenai kelahiran secara pembedahan atau normal pula bergantung kepada keadaan kesihatan ibu dan bayi, dan bukan hanya semata-mata disebabkan oleh tekanan darah yang tak menentu. Perbincangan lanjut dengan pakar O&G akan dapat menjelaskan lagi keadaan sebenar situasi puan. Apapun, pelajari pelbagai teknik menangani tekanan atau stress serta senaman ringan boleh membantu tahap kesihatan puan sepanjang mengandung.
Firdaus
Hi Dr,
I read ur article in BaiBoo magazine on how to prepare for fatherhood. Well, I'm a mother of two. One girl..one boy.The eldest is 4 and the youngest is 18months. I'm a busy working mother and i have no maid. I'm very happy with my life, work and all.But the problem is my hubby seems don't want to tolerate in doing house chores. it's not that I'm a fussy person. He did know that I'm exhausted but it seems that he doesn't prepare of being a father. i think he's too selfish. He just ignore even the littlest thing around the house such as a single plate he used. He'll leave it when he finished and walk away. Really need help on how to handle this kind of husband..father...whatever! Thank you...
Best regards,
Anne Bahari
Dear Anne,
Thanks for the question.As a working mother as well, I'm understand your concern regarding the issue. In this limited space, five tips I can share with you:- (1) Be assertive to discuss your feelings (exhausted, frustrated, annoyed) with your husband, and explain what did you expect little thing to happen/change that make you feel little bit better, relieved and appreciated as a wife/mother. (2) Get your eldest kid involve in "house chores training" and invite husband to enjoy the "training" as a role model to the kids, which means divide work wisely among family members (being a mother, does not mean you have to do all!) (3) Send email or share articles that related to fatherhood to him, get him watching movies (i.e BigMama; MrMama), and share thoughts on good parenting skills with him to create awareness and explore his thoughts about type of father that he would like to play throughout life (you may discuss about having helper as well) (4) Whatever the case, do not compare your husband with any other husband in the world, the more you compare, the more you put high expectation for your husband to change, the more frustrated you are. He might not be able to help little things in house, but look at other good aspects of his contribution(5) Finally, learn stress management techniques (you can surf it in internet or commercial books) for yourself as well, so you are not so much burden with too many stressors in life. By the way, those tips may be easy or may be not worth at all for some people. Do not expect the changes can happen overnight. Be persistent, consistent and patient, after all marriage is all about sharing and caring.
Take care
Firdaus
Dr, Saya sedang mengandung anak kedua dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun. Dia tidak mempunyai masalah dgn kandungan saya malah teruja untuk mendapat adik lagi.Saya cuma dapati sjk akhir2 ini perangainya agak nakal & sukar mendengar kata.
Puan, tahniah kerana bakal menimang cahaya mata yang kedua. Ada tiga isu yang boleh diperkatakan mengenai sikap anak sulung puan yang dikatakan perangai agak nakal dan sukar mendengar kata-kata sejak akhir-akhir ini.(1) Kanak-kanak yang berumur 5 tahun sudah memahami konsep kehadiran "adik" di dalam keluarga, jadi tingkahlakunya boleh dihubungkaitkan dengan perasaan teruja, seronok berkongsi cerita dengan rakan-rakan dan tidak sabar menjadi abang--dan ini adalah normal bagi kanak-kanak untuk menyatakan perasaan mereka secara tingkahlaku. (2) Perubahan emosi dan fizikal ketika mengandung juga sedikit sebanyak mempengaruhi pendapat Puan mengenai anak sulung itu kerana, mungkin dahulu perhatian hanya kepada anak sulung, tetapi kini Puan perlu berkongsi perhatian dan kasih-sayang dengan anak yang dikandung juga. (3)Isu persaingan adik-beradik (sibling rivalvry) boleh timbul kelak, tetapi penerangan awal mengenai kehadiran adik serta perkara-perkara yang boleh dilakukan sebagai persiapan menjadi seorang abang/kakak boleh dilakukan secara halus, menyeronokkan dan konsisten agar kanak-kanak faham mengenai tanggungjawab mereka. Akhir kata, jangan risau-risau ya!
Firdaus
|
|