Obstetrics & Gynaecology

Obstetrics & Gynaecology

Asian Parenting Today

Associate Professor Dr. Shah Reza is attached to the Department of Obstetrics & Gynaecology at the School of Medical Sciences USM, and is also a practicing gynaecologist at the Hospital USM.

A member of various professional associations including the American College of Obstetrician & Gynaecologists, O&G Society of Malaysia, Kelantan Family Planning Association and the Malaysia Medical Association, Assc. Prof. Dr. Shah Reza is constantly kept abreast with the latest in developments of the field.

His special interests lie in the areas of menopause, laparoscopic surgeries and adolescent and paediatrics.

In his spare time, Assc. Prof. Dr. Shah Reza enjoys browsing the internet and travelling.

You can ask Dr. Shah Reza anything about obstetrics & Gynaecology related topics by leaving a comment in the blog or by emailing to obgyn@baiboo.com.my.

Displaying Results 1 of 10
Go to page

Assalamualaikum Doktor,

Saya telah lebih setahun berkahwin, Dan belum mempunyai cahaya mata.

Saya dan suami amat mengingin kan cahaya mata. Sebelum berkahwin saya mengalami masalah sengugut yg sgt teruk. Tp selepas berkahwin mungkin 3bulan sekali baru saya mengalami sengugut teruk. Adakah ini kerana hormon berubah selepas berkahwin? Saya juga sudah menanti cahaya mata sejak sy mula berkahwin lagi. Pada awal tahun ini, saya mengalami kedatangan period yang sangat lewat, saya dtg period selepas 48 hari dari tarikh 1st period saya. Pada mulanya saya ingat saya mengandung, tp saya check ujian kehamilan result die -ve. dan pada hari ke-48, period sy keluar berketul2 dan sy berasa yg teramat sakit.sy ingat sy mengalami senggugut seperti yg selalu saya alami. Cuma ketulan yg sgt byk keluar membuatkan sy berasa sedikit takut. Selepas 7 hari baru period saya habis. Selepas itu period sy regular seperti biase, kdg2 awal 2-3hari, kadang2 lambat 2-3hari, sehingga bulan april 2010(bulan lepas), saya mengalami muntah2.Pada mulanya sy igt saya mengandung dan pada tarikh 10april period sy dtg seperti biasa cuma yg menjadi luar biasa nyer period sy stg untuk 2hari sahaja. hari pertama ia keluar agak byk atau heavy flow, dan hari kedua ia keluar bertompok2 dan mlm hari period sy sudah habis. Pada mulanya saya ingat ia tersumbat kerana selalunya selepas sehari period sy akan dtg balik. Tp kali ni mmg betol2 2 hari sahaja.

Dan hingga ke hari ini saya masih belum dtg period. Pg td saya check pregnancy test dan result nyer -ve. Saya jadi bingung kerana simptom2 seperti mengandung ade. Cuma saya belum pasti. Tolong beri nasihat doktor.

Untuk pengetahuan doktor, saya ingin berjumpa dgn pakar guyney, tp dilarang keluarga atas alasan saya masih muda. Saya baru berusia 22thn. Saya harap doktor dpt membantu kerana saya amat teringinkan zuriat.

Saya hargai pertolonagn doktor.Terima kasih.

Berkemungkinan Puan mengalami penyakit ENDOMETRIOSIS dan juga disulitkan lagi dengan kitaran haid yang tidak berovulasi(anovulatory cycle)-?sindrom polisistik ovari.

Untuk ini Puan dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor pakar perbidanan dan sakit Puan.

Pemeriksaan ultrasound perlu dilakukan.

Mungkin juga Puan dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan laparoskopi untuk melihat struktur serta anatomi sistem reproduksi dengan lebih jelas.

Dr Shah Reza Johan Noor

Pendarahan 26 minggu

2010-07-19 01:10:41 2 Comment(s)

Assalammualaikum doktor,

Saya mengandung anak pertama.. Alhamdulillah waktu awal mengandung tiada masalah atau morning sickness berlaku.. Kandungan saya alhamdullillah baik.Tapi dalam masa 2 hari ni saya ada bleeding.

Semalam bleeding sedikit2 dan berwarna coklat. Saya dah scan and check keadaan kandungan pagi ni. Doktor saya cakap semuanya ok. tapi sebentar tadi, saya tgk ade ketulan kecil berwarna coklat keluar dari faraj saya. Saya risau kalau ape2 berlaku dgn kandungan saya. Boleh doktor tolong jelaskan. Terima kasih.

Salam sejahtera

Puan sudah pun menjalani pemeriksaan ultrasound, jadi tidak lagilah perlu dirisaukan.

Pendarahan itu mungkin dari

1)Bukaan pada pangkal rahim, jadi plug mukus hujung terkeluar.

2)Dari permukaan pangkal rahim itu sendiri, semasa mengandung,akibat dari pengaruh hormon wanita ynag tinggi,pangkal rahim lebih terdedah di dalam faraj dan mudah terluka, walaupun pendarah itu kecil tetapi dengan campuran cecair/lelehan faraj, jumlahnya nampak besar.

Dr.Shah Reza Johan Noor

Doktor,

1. Saya telah berkahwin pada 12/12/2009 dan, saya di datangi haid pada 9/12/2009, masalah utama saya ialah, sebelum di datangi haid, saya akan di datangi cecair berwarna coklat dalam jumlah yang sedikit dan tidak memerlukan saya memakai tuala wanita. saya ingin bertanya kepada puan, jika 2 hari sebelum 9/12/2009 saya sudah di datangi cecair coklat ( lendir ) adakah haid saya di kira daripada 7/12/2009 ataupun bermula daripada 9/12/2009 ( darah haid sebenar keluar).

2. Saya selalunya mengalami haid selama 10 hari ( kering sepenuhnya), saya ingin bertanya adakah tempoh kesuburan saya pada hari ke 12-14, dan dari bilakah saya sepatutnya membuat pengiraan.

3. Saya telah mengambil EPO dan asid folic namun setelah membaca komen daripada puan , orang yang berbadan besar di larang mengambil EPA kerana ianya berminyak. bolehkah puan cadangkan saya makan tambahan apa yang saya harus makan kerana, saya berbadan besar, namun alhamdullilah haid saya teratur.

4. Bilakah saya boleh mula membuat ujian kehamilan sekiranya saya tidak di datangi haid selepas 9/1/201


Terima kasih Puan Yusanys.

1) Mungkin pada 7/12/2009,haid telah pun hadir tapi dalam jumlah yang sedikit sebab keruntuhan dinding rahim tidak sekata.2 hari selepas itu,jumlah haid banyak sebab kesemua dinding dalaman rahim gugur.

2)Untuk hari subur Puan, amatilah haid haid puan dari bulan-bulan sebelumnya, kira berapa secara purata kitaran harinya. kemudian dikira

sebelas(11) dan lapan belas(18) hari dari kehadiran haid pada bulan berikutnya, gunakan julat masa hari ini untuk bulan yang berikutnya di mana puan ingin mengandung.

Sekiranya kejituan diperlukan, saya syorkan puan jalani ujian air kencing OVULASI.

3)Asid Folik bagus diambil untuk mereka yang bercadang untuk mengandung terutamanya 3 bulan sebelum kehamilan. Mengenai EPO, ianya suplemen pemakanan yang dipraktiskan olehmereka yang keputusan haid.

4) Jawapannya dah saya nyatakan pada nombor 2.


Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR

Salam Puan,

Saya sedang mengandung anak kedua dan usia kandungan saya sekarang adalah 23 minggu...baru2 ini semasa check up bulanan, nurse klinik kesihatan mendapati bahawa ukuran rahim adalah seperti 28 minggu (menggunakan tali tape)...kemudian saya dirujuk oleh dr pakar dan dr melakukan ultrasound dan mendapati bahawa saiz baby ok..kandungan air mentuban juga ok...minggu depan saya akan mendapat 2nd opinion dari dr pakar di hosp putrajaya...saya ingin tahu apakah risiko jika saiz baby dan rahim tidak sama?

Selain daripada itu, untuk kehamilan ini saya telah mengambil obimin sebagai vitamin kehamilan, tetapi mendapati saya selalu kena gastrik dan sakit hulu hati, dan juga kembung perut...adakah disebabkan kandundan iron didalam obimin itu tidak serasi dengan saya?  Saya juga telah ke sebuah klinik tetapi tidak jumpa dr, hanya beli ubat di kaunter, saya telah membeli ubat Iberet Folic 500 dari Abbot, dimana tertera diatas kotak itu bahawa "Iron is provided in a sustained-release system (Gradumet)...adakah iberet folic ini sesuai untuk ibu mengadung dan tidak memberi kesan pedih ulu hati dan gastrik?

Terima kasih Puan AKMA.


Pemeriksaan ukurang panjang rahim dipengaruhi juga dengan ketebalan lemak di abdomen dan juga bervariasi dengan pemeriksaan.

Pemeriksaan biometrik janin melalui ultrasound LEBIH TEPAT dan ini yang digunapakaikan oleh doktor-doktor perbidanan.

Mengenai risiko,jangan risau, fokuskan pada ukuran pada ultrasound sahaja.


Saya hanya nasihatkan pengambilan suplemen/tambahan sekiranya puan was-was dengan pengambilan harian makanan serta minuman asli yang di masak sendiri.

Etika pengambilan makanan yang betul perlu ditekankan.

Saya tidak pasti dengan ubat yang dinyatakan, cuma puan perlu perhatiakn pada zat besi yang dimakan,apakah bentuk zat tersebut samada, BESI SULFAT, BESI FUMARAT, BESI GLUKONAT dan sebagainya.Berkemungkinan besar kombinasi besi tersebut yang memberikan kesan pada puan.

Penyediaan kombinasi zat besi yang tidak memberikan kesan samping biasanya harganya lebih mahal.


Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR

Urine Pregnancy Test

2010-01-19 06:31:53 5 Comment(s)

Salam DR,

Saya nizura, saya nk tya DR..last period sy 6hb10, today 6hb11. Satakat hari
ini sy belum dtg bulan lg. UPT pertama saya buat seminggu selepas habis
period. UPT kedua sy buat 10 hari lepas. Tp dua2 -ve. Sekarang saya rasa ada
sesuatu bergerak dalam perut saya. Mcm berdenyut2.  Saya rasa mcm ada
sesuatu di tekak. Rasa loya2 pon ada. Makan xlalu sgt. Adakah saya
mengandung? Saya ada baca pengalaman org yg first pregnant dlm forum, tak
ada plak mereka bercerita pasal boleh rasa baby dlm perut. Sy xbuat ujian
UPT sebab sebelum dh buat dan hasil -ve.Mcm mana ya DR?


Terima kasih Puan Nizura.


kalau ujian mengandung itu negatif maknanya NEGATIF sebab ujian tersebut adalah kualitatif iaini YA atau TIDAK.


Keadaan Puan seperti PSEUDOCYESIS, satu keadaan di mana wanita tersebut betul-betul merungut seakan-akan awal mengandung tetapi tidak ada kandungan secara fizikal.


Saya nasihatkan puan supaya menjalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan keadaan yang puan rungutkan.


Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR




Salam  Dr. Shah Reza ,

Saya Linda dan saya mempunyai kemuskilan iaitu, pada 28/10/2009 saya jumpa dengan Doctor di Puchong Medical Centre untuk mengesahkan kehamilan saya..Doktor yang sepatutnya memeriksa saya tidak dapat hadir jadi saya diberi seorang doktor ganti yang agak muda awal 30an. Selepas pemerikssan ultrosound dibuat, doktor dapati kandungan saya berusia 5 minggu dan 6 hari. Tetapi hasil pemerisaan ultrosound tidak jelas kerana ukuran 5 minggu 6 hari ini diukur pada kantung saya.. tetapi saya dapat melihat doktor tersebut drag kan ukuran melebihi kantung saya atau dengan kata lain tidak betul-betul tepat pada ukuran kantung saya...saya sepatutnya membuat pemeriksaan lagi 2 minggu, oleh kerana susah hati kerana doktor yang memeriksa saya terlalu muda, jadi saya mengajak suami saya untuk memeriksa sekali lagi di KPJ Selangor Medical Centre pada 10/11/2009 dan doktor yang memeriksa saya agak berpengalaman dan melalui scan Doktor, melalui ukuran kantung 5 minggu 6 hari, tapi scan kali ini amat jelas...dan saya dapat tgk doktor drag ukuran kantung memang tepat... jadi, doktor nasihatkan saya agar datang lagi 2 minggu kerana doktor tersebut memberitahu saya tidak dapat di kesan heart bip baby dalam kantung saya dan pada masa ini kadungan saya sepatutnya berusia 8 minggu, dan sekiranya tiada apa-apa perkembangan, saya kena gugurkan kandungan ini...tapi saya redha, sebab saya tahu Allah nak berikan yang terbaik buat saya...
Di sini, saya ingin meminta nasihat  Dr. Shah Reza atas masalah yang sedang saya hadapi...adakah kandungan saya bermasalah? atau mungkin juga kedudukan baby selalu berubah-ubah dan ini menyukarkan doktok untuk membuat pemeriksaan? kenapakah perkara ini berlaku pada diri saya.


Terima kasih Puan Linda.


Untuk pengetahuan, pemeriksaan ultrasound biasa melalui atas(di abdomen), janin lazimnya kelihatan hanya pada minggu ke 7 di mana panjang janin diantara 0.5 sentimeter.

Untuk kejituan, pemeriksaan ultrasound melalui faraj dapat membantu pada minggu yang lebih awal.

Puan dinasihatkan supaya hadir kembali selepas 2 minggu kerana tumbesaran janin adalah 1 mm sehari, jadi selepas 10 hari, tentulah janin sekurang kurangnya bersaiz melebihi 10mm dan ini akan lebih jelas kelihatan pada pemeriksaan ultrasound.


pada minggu yang puan jalani pemeriksaan ultrasound itu, degupan jantung janin masih belum kelihatan KECUALI pemeriksaan ultrasound melalui faraj dijalankan, barulah degupan lebih awal dihargai.


Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR

Assalamualaikum

Saya wanie berumur 24thn..baru 6bln berkahwin.Seminggu sebelum nikah,saya amek nordette (on the first day of period - 1 may 2009)..then saya stop amek pil pada 8 oct 2009..kemudian period pada 12-18 oct.sepatutnya saya akan period semula pada 9 nov 2009 ( mens cycle :28days) tapi sampai hari ini masih belum keluar. Soalan saya :

1.    Bolehkah saya trus pregnant dalam tempoh singkat itu?.Untuk pengetahuan Dr, saya ada bersama suami pada hari ke-14 sebelum haid yang setrusnya datang (tapi telah lewat 3hari). saya selalu dengar klu sudah ambil pil perancang,susah nak lekat bile berhenti.Benarkah pengambilan pil ini boleh mengganggu tahap kesuburan?Boleh kah saya pregnant dalam tempoh yang begitu singkat selepas memberhentikan pengambilan pil?

2.    Adakah period saya yg lambat disebabkan oleh pengaruh pemikiran saya (ingin hamil) sehingga menyebabkan hormon terganggu?

3.   Adakah upt test boleh detect tanda kehamilan jika lewat period tidak sampai seminggu?


Terima kasih Puan Syazwani


Sekiranya HAID puan normal sebelum pengambilan ubat perancangan keluarga, lazimnya selepas berhenti,haid puan akan hadir secara teratur TETAPI sebaliknya sekiranya haid puan sebelum itu memang TIDAK TERATUR dan SUKAR meramalkan kehadirannya.


Sejurus selepas berhentinya ubat, OVULASI berlaku dan puan boelh mengandung.

Pil tidak menghalang kesuburan selepas berhentinya praktis tersebut, semasa pengambilan, PIL menghalang ovulasi dari berlaku.

Pengambilan pil dinasihatkan pada masa yang sama setiap hari, kegagalan menyebabkan ovulasi berlaku dan langsung boleh mengandung.


Persekitaran serta psikologi seseorang boleh mengganggu kesuburan, untuk BEROVULASI, ketenteraman perlu difokuskan.


Ujian mengandung sekarang dapat mengesan paras bahan kima mengandung yang rendah, jadi ianya boleh digunakan untuk mengesan kesahihan mengandung pada peringkat awal lagi, dan dinasihatkan supaya ujian sekiranya negatif pada kali pertama DIULANG KEMBALI pada minggu berikutnya supaya kesahihan negatif atau positif boleh dibuktikan.


Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR

Assalamualaikum Dr.,

Saya Zuhreen dari Seremban. Saya sudah hampir 2 tahun berkahwin tapi masih belum hamil.

Kitaran haid saya regular tetapi gap antara kitaran hanya 17 ke 19 hari sahaja. Agak susah untuk saya mengira waktu subur and waktu ovulasi. Saya pernah berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional dan nenek itu menyatakan yang rahim saya 'lari', tidak berada ditempat yang sepatutnya. Saya juga pernah berurut untuk membetulkan kedudukan rahim.

Soalannya, adakah situasi saya ini boleh terjadi? Dan perlukah saya dan suami mendapatkan khidmat doktor pakar?

Terima kasih.

Terima kasih Puan Zuhren.

Mengenai isu pertemuan oleh pengamal tradisional, itu bagus diterangkan oleh beliau,apakah yang dimaksudkannya dan bagaimana pula perawatannya.

Saya menganggapkan yang Puan berumur sekitar 25 - 30 tahun.

Puan perlu berjumpa dengan mana-mana pakar sakit puan supaya:

1) Dirawat dengan ubat ovulatori (supaya benih keluar dari ovari/telur)

2) Perlu penggunaan ubat diawasi dengan Pengawasan Ovulatori,paling jitu kalau dipantau dengan menggunakan kaedah ultrasound melalui faraj supaya perkembangan serta tumbesaran benih dapat dimaklumkan dengan jelas.

3) Selepas itu baru dapat tahu BILA masa terbaik untuk hubungan kelamin dengan niat mengandung.

4) Sekiranya 2 bulan berturut-turut benih membesar dan mencapai saiz kematangan TETAPI masih juga gagal untuk mengandung,  saluran tiub Fallopian akan diperiksa.

5) Analisa cecair seminal suami juga perlu dijalankan untuk memastikan yang sistem pembiakan suami berada dalam keadaan yang baik.

Sekiranya Puan MASIH TIDAK MENJALANI apa-apa yang ditulis di atas,bermakna Puan masihbelum menerima rawatan yang optimun.

Saya nasihatkan supaya Puan berjumpa denga mana-mana doktor pakar perbidanan dan sakit puan di sana.

Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR.


Assalamualaikum Dr.,

Untuk makluman dr, saya telah lewat haid selama 2 minggu lebih (tarikh jangkaan haid sepatutnya 11 Oktober 2009 lalu)..saya telah menjalankan UPT dan menunjukkan dua line (+ve)..Untuk makluman dr, saya baru sahaja berkahwin dan saya tidak mempunyai masalah haid yang tidak teratur sebelum berkahwin.

Dalam tempoh lewat 1 minggu saya pernah mengalami 3 kali pendarahan (spotting)..saya telah merujuk kepada doktor apabila terkena spotting yg ke tiga. Doktor tersebut telah menjalankan proses scan dan mandapati terdapat blood clot di uterus saya..selesai proses scan saya menjalani UPT dan keputusan wujud 2 line. Walaubgamanapun line kedua agak pudar berbanding line pertama..doktor tersebut tidak mengesahkan saya mengandung dan hanya meminta saya berjumpa beliau semula selepas 2 minggu.

Akan tetapi, setelah genap 2 minggu, berlaku pendarahan semula dengan jumlah yang lebih banyak (lebih banyak dari spotting tetapi kurang berbanding darah haid)

Persoalan saya;
1) apa yang dimaksudkan blood clot?adakah ia darah haid atau embrio?
2)adakah terdapat punca-punca lain yang menyebabkan wujud dua line pada UPT selain daripada punca mengandung?
3)adakah pendarahan yang berlaku semula td merupakan tanda-tanda keguguran?jika ya, adakah saya perlu mencuci rahim?
4)apa yang perlu saya lakukan untuk langkah seterusnya?

Terima kasih dr..kerjasama dan keprihatinan dr membantu masalah saya amat dihargai.

Terima Kasih Puan Nurul Hannah.

Berkemungkinan Besar puan telah mengalami keguguran, SAMADA keguguran itu LENGKAP ataupun TIDAK,  bergantung pada pengimejan melalui pemeriksaan ultrasound, mengambil kira ketebalan echo di dalam rahim.
Mengenai darah, pada permulaannya darah itu adalah dari rahim akibat dari bukaan pangkal rahim dan juga pendarah luka akibat dari terkoyaknya kantung kandungan dari dinding rahim DAN ini bukannya darah haid.

Selepas itu pendarahan agak lebat dan banyak, itu adalah pendarahan keguguran di mana kantung kandungan gugur dan juga inay bukan darah haid.

UPT itu sensitif, jarang berlaku kesilapan, ujian tersebut mengukur paras hormon mengandungpada tahap yang rendah di mana MASIH belum lagi kelihatan kantung kandungan di dalam rahim dan begitulah sekiranya keguguran berlaku,  pemeriksaan ultrasound MUNGKIN menunjukkan ketiadaan kantung kandungan tetapi, UPT masih lagi positif.

Mencuci, itu bergantung pada imej pada pemeriksaan ultrasound, sekiranya imej itu besar dan ukurannya keluar dari saiz normal, PENCUCIAN akan dicadangkan.

Sekiranya ini adalah kali pertama puan mengalami keguguran,jangan rungsing, kisah ini adalah secara spontan dan sporadik, tidak memudaratkan kebarangkalian puan di masa hadapan. Amalkan gaya hidup serta pemakanan yang sihat,jangan lupa vitamin FOLAT sebelum mengandung dibuktikan.

Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR


Kadar Degupan Janin

2009-10-26 08:43:02 0 Comment(s)

Salam,

Doktor, saya telah disahkan mengandung 7 minggu. Kehamilan sulung saya selepas 2 tahun berkahwin. Semalam saya membuat ujian imbasan di sebuah klinik swasta.

Doktor memberitahu jantung bayi sudah kelihatan namun denyutan agak laju. Saya tidak sempat bertanya kenapa. Saya ade bercerita dengan ahli keluarga dan ada yang mengatakan jika denyutan agak laju mungkin bermasalah.
Saya risau.

Apakah sebab berlaku seperti itu?

Untuk pengetahuan doktor, semasa ujian imbasan itu di buat, saya agak gementar, adakah di sebabkan oleh faktor itu?

Harap doktor dapat membantu. Terima kasih.

~ Nor Syahada Ahmad ~

Terima Kasih Puan Nor.

Jangan rungsing, itu adalah normal pada 7 minggu. Mungkin apa yangdimaksudkan oleh doktor puan adalah denyutan nadi jantung janin yang JELAS kelihatan.
Gementar?Untuk masa sekarang 7 minggu,memang normal untuk degupan jantung janin yang tinggi.
tahniah di atas kandungan ini.


Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR


Displaying Results 1 of 10
Go to page
  • BaiBoo Contest

    facebook