Salam Puan,
Saya sedang mengandung anak kedua dan usia kandungan saya sekarang adalah 23 minggu...baru2 ini semasa check up bulanan, nurse klinik kesihatan mendapati bahawa ukuran rahim adalah seperti 28 minggu (menggunakan tali tape)...kemudian saya dirujuk oleh dr pakar dan dr melakukan ultrasound dan mendapati bahawa saiz baby ok..kandungan air mentuban juga ok...minggu depan saya akan mendapat 2nd opinion dari dr pakar di hosp putrajaya...saya ingin tahu apakah risiko jika saiz baby dan rahim tidak sama?
Selain daripada itu, untuk kehamilan ini saya telah mengambil obimin sebagai vitamin kehamilan, tetapi mendapati saya selalu kena gastrik dan sakit hulu hati, dan juga kembung perut...adakah disebabkan kandundan iron didalam obimin itu tidak serasi dengan saya? Saya juga telah ke sebuah klinik tetapi tidak jumpa dr, hanya beli ubat di kaunter, saya telah membeli ubat Iberet Folic 500 dari Abbot, dimana tertera diatas kotak itu bahawa "Iron is provided in a sustained-release system (Gradumet)...adakah iberet folic ini sesuai untuk ibu mengadung dan tidak memberi kesan pedih ulu hati dan gastrik?
Terima kasih Puan AKMA.
Pemeriksaan ukurang panjang rahim dipengaruhi juga dengan ketebalan lemak di abdomen dan juga bervariasi dengan pemeriksaan.
Pemeriksaan biometrik janin melalui ultrasound LEBIH TEPAT dan ini yang digunapakaikan oleh doktor-doktor perbidanan.
Mengenai risiko,jangan risau, fokuskan pada ukuran pada ultrasound sahaja.
Saya hanya nasihatkan pengambilan suplemen/tambahan sekiranya puan was-was dengan pengambilan harian makanan serta minuman asli yang di masak sendiri.
Etika pengambilan makanan yang betul perlu ditekankan.
Saya tidak pasti dengan ubat yang dinyatakan, cuma puan perlu perhatiakn pada zat besi yang dimakan,apakah bentuk zat tersebut samada, BESI SULFAT, BESI FUMARAT, BESI GLUKONAT dan sebagainya.Berkemungkinan besar kombinasi besi tersebut yang memberikan kesan pada puan.
Penyediaan kombinasi zat besi yang tidak memberikan kesan samping biasanya harganya lebih mahal.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR
Salam,
Doktor, saya telah disahkan mengandung 7 minggu. Kehamilan sulung saya selepas 2 tahun berkahwin. Semalam saya membuat ujian imbasan di sebuah klinik swasta.
Doktor memberitahu jantung bayi sudah kelihatan namun denyutan agak laju. Saya tidak sempat bertanya kenapa. Saya ade bercerita dengan ahli keluarga dan ada yang mengatakan jika denyutan agak laju mungkin bermasalah.
Saya risau.
Apakah sebab berlaku seperti itu?
Untuk pengetahuan doktor, semasa ujian imbasan itu di buat, saya agak gementar, adakah di sebabkan oleh faktor itu?
Harap doktor dapat membantu. Terima kasih.
~ Nor Syahada Ahmad ~
Terima Kasih Puan Nor.
Jangan rungsing, itu adalah normal pada 7 minggu. Mungkin apa yangdimaksudkan oleh doktor puan adalah denyutan nadi jantung janin yang JELAS kelihatan.
Gementar?Untuk masa sekarang 7 minggu,memang normal untuk degupan jantung janin yang tinggi.
tahniah di atas kandungan ini.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR
Salam Dr,
Saya Puan Intan. Saya mempunyai soalan berkenaan dengan Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Sekarang saya mengandung 29 minggu + ( G2 P0 A1). Baru2 ini saya ada lakukan ujian MGTT di hospital 4.9/7.9. Kemudian saya ambil ujian BSP dengan keputusan 5.6/5.0/7.9/5.6. Saya ingin tahu, apakah bacaan normal BSP kerana saya ingin lakukan self-monitoring sebelum my next appt?
Terima Kasih.
Terima kasih Puan Intan.
Untuk paras gula darah semasa mengandung, parasnya perlu ketat diantara 4 hingga 6 mmol/l (itu adalah darah hujung jari).
Dr.Shah Reza Johan Noor
Salam Dr,
1. Saya mengandung dalam 20++ minggu (kandungan pertama)..masa lebih kurang 14 minggu, ada sedikit pendarahan berlaku (masa tuh bulan puasa, sebelum pendarahan, sakit pinggang yang teramat) dan bila scan, Dr bagitau uri kat bawah..doktor nasihat supaya jgn angkat benda berat, kurangkan berjalan, minum susu dan jaga ketika bersama suami. Saya difahamkan uri akan naik sendiri bila sudah tiba masanya...minggu 19++, sakit di bahagian ari-ari (sebab terlambat masuk toilet bgn pagi tuh), sakit yang berdenyut2 (sampai jalan pun kena slow) dan minggu ke 20, bila gi scan lagi, kedudukan uri masih lagi tidak berubah dan baby normal (300++ gram)..sekarang kekadang terasa baby bergerak, menendang, dan kekadang baby mengeras menyebabkan perut terasa senak kerana kedudukan baby (masa mengeras) berada di bahagian atas sedikit dari ari-ari..terutama terasa selepas bersama suami..rasa sangat x selesa...adakah ia normal Dr.? kekadang takut hendak bersama suami kerana bimbang memberi kesan kepada baby..
2. Sekarang saya makan pil vitamin yg dibekalkan dari klinik kerajaan. Jika saya ingin mengambil obimin atau pil minyak ikan neurogain sebagai tambahan, boleh ke Dr? Dan yang mana lebih elok, obimin atau pil minyak ikan neurogain?
Terima kasih atas kesudian membalas soalan saya.
Terima Kasih Puan Fazlin.
Saya rasa Puan sekarang mengandung anak sulung.
Apa yang puan alami seperti sakit belakang dan sebagainya adalah rungutan lazim mereka yang mengandung, ini adalah kerana perubahan struktur serta fungsi semasa mengandung.
URI dibawah, jangan rungsing, tunggu sehingga selepas 28 minggu, di mana pembentukkan lanjutan bahagian bawah rahim akan jadi jelas kelihatan. Selepas itu barulah puan dapat memastikan samada uri itu menjadi masalah PLACENTA PRAEVIA/uri di bawah.
Pendarahan juga mungkin berlaku dari kawasan luaran faraj, dinding faraj dan juga dari pangkal rahim, ini adalah dari angkara perubahan hormon badan seperti progesteron yang tinggi semasa mengandung.Faraj juga menjadi lebih basah kerana saluran darah lebih dekat ke permukaan.
Hubungan kelamin tidak memberikan kesan pada janin sebab ianya berada dalam suasana yang eksklusif, cuma kalau Puan mengalami pendarahan akibat URI DIBAWAH, KONTRAKSI RAHIM BERLEBIHAN, barulah hubungan kelamin tidak dibenarkan.
Hubungan kelamin oleh Puan perlu mengikut kesesuaian dan ketenteraman usia kandungan, kedudukan puan di atas dan posisi yang tidak MENEKANKAN pada kandungan dinasihatkan.
Tidak ada sebab mengapa hubungan kelamin tidak boleh diteruskan.
Isu suplemen pemakanan seperti yang puan nyatakan, dibolehkan TETAPI kami di HOSPITAL USM tidak merekomenkan mana-mana produk pemakanan, yang terbaik adalah makanan yang asli dan tidak diproses keterlaluan.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR
Assalammua'laikum..
Kehadapan Dr,
Saya mempunyai satu soalan, saya telah mengandung 3 bulan tetapi perut saya kelihatan kecil dan doctor masih tidak dapat rasa lagi ada benjolan di dalam perut saya. Saya berasa amat tertekan apabila orang ramai mengatakan saya seperti tidak mengandung. Kadang-kala saya tertanya sendiri pada suami sebenarnya saya ini mengandung atau tidak. Suami selalu meyakinkan saya. Apabila saya merasa tertekan dengan pertanyaan orang saya akan melakukan ujian kehamilan banyak kali dan keputusannya memang menunjukkan saya mengandung.
Adakah saiz perut saya yang kecil ini bermakna bayi dalam kandungan saya tidak sihat? Untuk pengetahuan Doctor selera makan saya bertambah, saya banyak mengambil makanan berkahsiat seperti sayur-sayuran dan pelbagai lagi yang disarankan doctor. Dari ujian kesihatan yang dijalankan juga saya didapati sihat. Adakah apabila kandungan mencapai usia 3 bulan kita boleh merasai benjolan di dalam perut? Kalau tidak rasa adakah kandungan saya tidak sihat atau kecil?Adakah terdapat sebarang kemudaratan?
Terima Kasih Puan Marina.
Puan sudah pun mengandung 3 bulan, ini bermakna Puan telah pun mencapai kandungan berusia 13 minggu.
Pada usia kandungan begini,lazimnya rahim tidak akan jelas kelihatan di abdomen, cuma kalau di sentuh kuat barulah dirasai jisim rahim di bawah tulang di depan pundi kencing.
Yang mustahaknya, pemeriksaan ULTRASOUND telah dilakukan untuk menentukan bilangan janin di dalam rahim dan juga mengusiakan kandungan mengikut pengukuran tertentu supaya dapat dipastikan yang tarikh haid puan tidak berRALAT. Pemeriksaan ULTRASOUND secara berkala dapat menentukan perkembangan serta tumbesaran janin di dalam kandungan dengan lebih jitu.
Makanan, asalkan Puan mengamalkan kehidupan serta pemakanan yang sihat, tidak perlu Puan membimbangkan.
Apakah ini kali pertama Puan mengandung?Tahniaah saya ucapkan.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR
Assalamulaikum Dr.
Saya mengandung anak pertama dan mengalami alahan yang agak teruk. paling teruk pada minggu ke-10 dan masih berterusan hingga sekarang (minggu ke-14). Alahan ini tidak mengira masa dan lebih teruk di waktu pagi. Saya telah mencuba pelbagai jenis makanan dengan kuantiti yang kecil namun masih muntah diiringi dengan sakit kepala. Akibatnya saya terpaksa dimasukkan air dan terpaksa ambil MC. Selain daripada itu, saya turut merasakan sakit perut dan pedih apabila memakan makanan selain mengalami keletihan, lenguh badan yang melampau, angin di dalam badan dan sering mengalami sembelit dan kadang2 cirit-birit serta kesukaran untuk tidur.
1) adakah perkara ini adalah biasa apabila mengandung (anak pertama) dan apakah puncanya? (Adakah disebabkan perubahan hormon kerana kitaran haid saya tidak tetap)
Saya mengalami senggugut dan apabila Dr melakukan Ultrasound pada minggu ke-12, didapati uri saya berada di bawah (tetapi ke hadapan) di samping ada ketumbuhan pada dinding rahim.
Untuk pengetahuan Dr, sebelum pregnant lagi saya disahkan ada ketumbuhan tetapi dalam 4cm (jika tak silap).
2) Adakah uri di bawah ini merbahaya/risiko kepada bayi dan ibu? (kerana menurut Dr, uri tersebut akan naik bila kandungan membesar dan boleh dipastikan pada usia kandungan 7 bulan. Dan akan berlaku pendarahan dan jika berlaku terpaksa dibedah)
3) Adakah ketumbuhan tersebut boleh membahayakan? Dan boleh memberikan implikasi yang lain? (kerana menurut Dr ketumbuhan tersebut tidak akan mengecil, cuma memanjang akibat tekanan pembesaran bayi)
4) Jika terpaksa dibedah semasa kelahiran, bolehkah ketumbuhan tersebut terus dibuang?
5) Saya mengambil vitamin obimin, calcium dan asid folic. Tetapi apabila diambil sekaligus, mengapa saya rasa semakin loya dan letih dan selepas itu akan muntah. Akibatnya saya jarang mengambil vitamin tersebut sedangkan saya tahu vitamin adalah perlu kerana saya tidak dapat makan seperti biasa (kerana alahan)
6) Apakah kaitan air ketuban dengan kadar pengambilan gula ? Adakah bahaya jika air ketuban agak banyak?
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Puan Nuraisyah.
1)Memang alahan semasa mengandung adalah perkara yang lazim berlaku,maklumlah badan puan baru merasai satu fenomena fisiologi yang baru. Loya-loya dan muntah ini berlaku lazimnya pada ibu-ibu yang muda,kandungan pertama ataupun kandungan berkembar.
Apabila Puan mengandung bermakna badan puan itu normal, hanya dengan kenaikan hormon-hormon wanita serta perubahan struktur badan menyebabkan berlakunya loya-loya serta muntah-muntah ini. Puan perlu menyediakan diari kehidupan memfokuskan pada apa yang dirasai,apa yang dibaui, apa yang dilihati serta perubahan emosi di mana tercetusnya loya-loya serta muntah. Apabila catatan diari puan dibuat dan pencetusnya dikenalpasti,disyorkan supaya puan cuba mengelakkan mereka. Untuk makanan,biasanya dinasihatkan makanan yang kering, berebus kosong serta dibakar kosong, kerana makanan sedemikian tidak tinggal lama dalam perut. Ubat antiloya dan antimuntah diberikan sekiranya puan sudah tidak lagi berupaya menanggung bebanan keloyaan dan muntah, lebi-lebih lagi apabila air kencing dikesani kehadiran bahan kimia KETONE,bermakna badan puan dalam proses katabolisma.
2)Ketumbuhan,apakah ianya FIBROID? Fibroid adalah ketumbuhan yang tidak merbahaya dan bajanya adalah hormon wanita estrogen, semasa mengandung hormon ini meningkat,jadi fibroid akan membesar. Kejadian RED DEGENERATION mungkin berlaku iaini puan akan mengalami kesakitan di tempat fibroid, ubatnya hanyalah suntikan anti-sakit berlandaskan narkotik. FIBROID TIDAK DIBUANG semasa mengandung ataupun semasa kelahiran pembedahan.
Komplikasi lain FIBROID bergantung pada kedudukan di rahim, sekiranya di bawah,mungkin kedudukan bayi tidak tenteram dan sentiasa berpusing,langsung tidak masuk ke dalam tulang pinggul. Mungkin juga sekiranya fibroid itu besar, maka rahim tidak mengecut secara berkesan selepas kelahiran dan puan mungkin tumpah darah.
Mengenai uri di bawah, TUNGGU SEHINGGA minggu ke 30 mengandung, bahagian bawah rahim akan terbentuk dan kedudukan sebenar uri akan dikenalpasti(KECUALILAH uri tersebut memang berada dan menutup bahagian bukaan pangkal rahim).
3) OBIMIN sahaja sudah memadai untuk suplemen semasa mengandung. Saya nasihatkan puan supaya meneliti kandungan vitamin tersebut.
4) Pengambilan gula?Sekiranya puan telah diperiksa dengan ujian toleransi modifikasi glukosa,dan didapati paras gula darah puan normal, lazimnya jumlah air ketuban tidak akan tinggi, TETAPI sekiranya memang puan itu dikenalpasti sebagai ibu yang mengidap kencing manis, pengambilan gula berlebihan memungkinkan jumlah air ketuban yang melebihi indeks paras normal.
Sekiranya air ketuban melebihi jangkaan normal relatif pada umur kandungan, bayangkan BELON diisikan dengan air melebihi keupayaan kapasitinya, belon boleh pecah secara spontan, talipuasat boleh terkeluar, janin berpusing laju,uri menjadi besar dan sebagainya.
Doktor yang menjaga kesihatan antenatal puan akan memantau kesihatan puan serta janin dan akan merujuk pada pakar perbidanan apabila keadaan mengandung tidak lagi normal.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR
Salam Dr.
Saya kini sedang hamil 6 minggu. Masalah saya disini ialah, perut saya selalu memulas dan kadangkala sakit seperti hendak datang bulan. Adakah ia normal? Untuk pengetahuan Dr., saya pernah mengalami ectopic (left tube) pada tahun 2007 dan telah dibuang. Saya telah buat scan ketika kandungan 5minggu untuk melihat kantung, dan ia berada dalam rahim walaupun samar-samar. Adakah perut memulas dan sakit petanda awal ectopic?
Maizurah Ismail,
Johor Bahru.
Terima kasih Puan Maizurah.
Sekiranya doktor telah puan melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati kantung gestasi berada di dalam rahim bermakna kandungan Puan sekarang adalah normal.
TETAPI ada juga keadaan dinamakan mengandung HETEROTOFIK di mana puan mengandung di dalam dan juga di luar rahim, kebarangkalian kecial sekali.
Perut memulas mungkin kerana dari perubahan hormon dan juga perubahan anatomi sistem reproduksi.
Tanda-tanda awal kandungan luar rahim, adalah berdarah melaui faraj, sakit di bahagian bawah abdomen dan mungkin merebak ke bahagian lain badan terutamanya bahu, perubahan kedudukan serta posisi badan mengerohkan kesakitan, hubungan kelamin yang amat menyakitkan apabila zakar berada di dalam faraj.
Sekiranya di tempat tinggal puan mempunyai kemudahan 1 ) Pemeriksaan ultrasound secara vaginal dan 2) Pemeriksaan air kencing dengan pelarutan berbeza dan 3) Ujian darah untuk hormon BhCG , kesemua itu boleh memastikan lagi kandungan puan benar-benar di dalam rahim.
Terima kasih
Dr.Shah Reza Johan Noor
Salam sejahtera doktor,
Saya kini mengandung 31 minggu anak ke 5, saya telah 4 kali ceaser. melalui banyak membaca mengenai vbac saya ingin diberi peluang untuk melahirkan anak secara normal. Saya tidak mahu planned ceaser, tetapi mahu menunggu sehingga minggu 41 untuk peluang ini. tetapi para doktor tempatan tidak bersetuju untuk ini. Sepanjang mengandung saya tidak mempunyai sebarang komplikasi.
Anak pertama 41+ minggu, tiada tanda melahirkan, induce 3 kali, emergency ceaser.
Anak kedua sama seperti anak pertama tetapi satu kali induce sahaja.
Anak ke 3 dan ke 4 planned ceaser 39 minggu.
Apa pendapat doktor untuk saya mencuba VBAC?
Sekian, terima kasih.
terima kasih.
Yang nyata dalam praktis serta keseragaman keputusan diantara pakar-pakar perbidanan adalah SELEPAS 2 KELAHIRAN PEMBEDAHAN, walaupun ada satu kelahiran normal diantara kedua-duanya, KELAHIRAN BERIKUTNYA ADALAH MELALUI PEMBEDAHAN SECARA ELEKTIF.
Puan telah pun mengalami 4 kelahiran pembedahan, itu sudah pun dikira bonus dan keluar dari norm praktis. Kelahiran secara normla melalui faraj TIDAK DIBENARKAN kerana risiko rahim pecah akibat dari kontraksi adalah tinggi sekali dan ini boleh menggugat nyawa puan serta bayi yang belum dilahirkan.
VBAC HANYA dipraktiskan sekiranya puan HANYA mempunyai satu kelahiran secara pembedahan dan indikasi pembedahan tersebut bukan dari risiko nyata yang akan berulang.
Parut di rahim akibat pembedahan bertambah nipis serta semakin tidak utuh dengan pembedahan berulang, ini adalah risiko nyata yang harus ditakuti sekiranya Puan masih juga ingin untuk mencuba kelahiran secara normal melalui faraj.
Puan boleh berbincang lanjut dengan doktor perbidanan yang merawat serta menjaga puan semasa mengandung.
Dr.Shah Reza
salam doc,
1)saya ingin bertanya, sekarang saya pregnant 31minggu (first baby) n skrg brt badan sy asyik bertambah dr hamil 3bulan.buat pengetahuan doc, sblm hamil berat sy hanya 40kg/150cm. tp smasa hamil sy mngalami alahan yang teruk selama 2bulan lbh n berat badan jatuh ke 35kg pd kali pertama sy pergi ke klinik untuk mmbuat buku mngandung iaitu smasa hamil 3bulan. slps itu berat badan sy asyik bertambah dngan mendadak shingga 3-4kg stiap bln n skrg brt badan saya sudah 49kg(31 minggu)..adakah normal or tak?sy tkt nnt akan beri ape2 effect kat baby..perut sy pun x de la bsr sgt n org ckp mybe coz first baby n sy brbadan kecik..btl ke?
2)sejak dr kecik sy mmg x ske mkn ubat byk2 n blh menyebabkn trmuntah if mkn ubat jd skrg sy x mkn ubat yg dbekalkan oleh klinik biasa..skrg sy hanya makan ubat jenis sangobion sebiji sehari, adakah ia mencukupi doc? sy dengr obimin lg elok dr sangobion so adakah patut sy tukar dr mkn sangobion ke obimin dlm usia kndungansy 31minggu nie?adakah ckup dengan hanya mkn sangobion? untk pengetahuan doc, hb sy dlm linkungan 12-13.2 shaja sejak hamil.sy berharap doc dpt membantu sy cz sy mmg x de pngalaman lngsung dlm hal2 mcm nie..thank doc...
regards,fadila
Terima kasih Puan Fadila.
Berat badan yang meningkat terlampau boleh memudaratkan puan.Yang penting, kenaikan badan itu bukannya akibat dari pengumpulan air dalam badan iaini pembengkakan edema. bagaimana dengan tekanan darah puan? Apakah puan sudah dinasihatkan supaya menjalani ujian 'toleransi glukosa' untuk memastikan yang Puan tidak mendapat penyakit kencing manis semasa mengandung.
bagaimana dengan jumlah air ketuban dalam rahim, kalau kesemua ini normal, maknanya kenaikkan berat badan puan sebanyak 9 kg itu bukanlah sesuatu yang utusan berpenyakit. Mungkin selera puan bertambah selepas mengalami alahan yang teruk.
Yang dikhuatirinya, kulit puan tidak sempat mengembang pesat, bertambahnya jalur-jalur terutamanya pada bahagian peha dan sisi abdomen.
Sekiranya pemakanan puan seimbang, hanya asid folik sahaja yang disyorkan sebab ianya berasas untuk melindungi penyakit berasaskan sistem pensarafan.
tetapi, seandainya puan khuatiri akan pemkanan yang tidak seimbang, kesemua produk pemakanan bervitamin seperti yang puan amalkan boleh dan selamat digunakan.
Lazimnya dalam praktis saya di hospital, saya sarankan bentuk makanan yang original, iaini kembali pada asas pemakanan.
terima kasih
Salam doktor
Saya Shiela. Saya baru hamil kira-kira tujuh minggu.
Saya mendapat tahu melalui pembacaan bahawa vitamin obimin baik untuk ibu hamil.Namun ada pendapat mengatakan bahawa obimin hanya boleh dimakan ketika kandungan berusia tiga bulan ke atas. Adakah itu benar ?
Untuk pengetahuan doktor, saya sudah mula mengambilnya sejak semalam. Adakah ia merbahaya untuk saya? Saya juga tidak mengambil apa-apa ubat/vitamin sejak mula mengandung. Perlukah saya makan vitamin lain bersama dengan obimin kerana menurut pharmacist semalam, sy perlu mengambil obimin bersama dengan asid folik.
Terima kasih atas bantuan doktor. Saya sangat menghargainya.
Tahniaah di atas kehamilan Puan,Moga-moga Puan selamat dan dikurniakan anak yang sehat.
Obimin,Prenavit,Pramilet dan sebagainya, semuanya bagus sebagai vitamin penambahan semasa mengandung terutamanya kalau pola pemakanan harian puan tidak seimbang.
Sekiranya pemakanan harian puan seimbang, vitamin penambahan tidak diperlukan.
Asid Folik memang disarankan pengambilannya terutamanya 3 bulan sebelum mengandung sehinggalah ke minggu 16 kehamilan(Peringkat organogenesis serta perkembangan otak).
Adalah tidak benar berita mengenai vitamin yang hanya boleh dimakan selepas 3 bulan.
Terima kasih
|
|