assalamualaikum Dr
Saya Arza. melahirkan anak ketiga pada 28 Julai 2009.
1. setelah melahirkan, saya agak sukar untuk berjalan. Saya juga tidak mampu untuk berdiri sebelah kaki kerana kelengkang saya terasa amat sakit.
Saya telah memaklumkan kepada Dr dan beliau mengatakan bahawa berkemungkinan tulang pelvik saya sedikit renggang kerana proses kelahiran yang cepat (saya sakit teruk bermula jam 12 malam dan melahirkan jam 1 pagi) dan tulang saya akan kembali kepada keadaan asal dalam masa 2 minggu atau lebih. Adakah perkara seperti ini normal kerana 2 anak sebelum ini saya tidak sakit seperti ini. Walaupun kini saya telah mampu berdiri sebelah kaki namun
kadang2 saya masih terasa sakit di kelangkang. adakah ia akan berkekalan.
adakah ia akan memberi kesan untuk saya mengandung lagi?
2. saya menghadapi masalah sembelit apabila melahirkan
anak bermacam produk saya guna untuk mengelak sembelit dari anak pertama hinggalah anak ketiga.Namun saya masih sembelit dan menyebabkan saya terkena buasir.
benarkah berpantang tidak boleh memakan buah-buahan seperti pisang,betik dan sebagainya? saya ada makan buah plum, oren dan epal walaupun orang kata tak boleh makan buah tapi masalah sembelit tetap ada. Benarkah berpantang cara melayu tidak boleh minum jus oren?
Sepanjang berpantang saya cuma makan sayur sawi rebus dan ikan tengiri sahaja.
sarapan pagi pula hanya roti bakar dan nesvita. Saya agak keliru dengan cara berpantang kerana ada orang makan ayam, ada orang x bagi makan ayam. Kawan saya pula makan telur dan tidak menjejaskan luka jahitannya.
Boleh Dr terangkan dengan lebih lanjut cara berpantang yang sihat?
Tahniah Puan Arza di atas kehadiran individu kesayangan yang ke tiga.
Berkemungkinan kesakitan yang dialami berpunca dari proses serta semasa kelahiran. Semasa posisi kelahiran mungkin berlaku sedikit kekejangan di celah kangkang dan ini mungkin diikuti dengan kecederaan pada otot-otot yang terlibat semasa kelahiran.
Setiap zaman mengandung adalah berbentuk semasa atau individu, pengalaman lampau dan sekarang berbeza.Umur semasa mengandung pun berbezakan?
Asalkan puan tidak merasa kebas di kedua-dua kaki atau dengan berjalan, rasa belakang yang amat sakit berserta dengan kekebasan pada kulit-kulit di kaki, lazimnya apa yang puan alami itu akan reda dan selesa dengan masa, berikan sedikit masa untuk penyembuhannya.
Dalam perbidanan moden, tidak ada pantang larang. Untuk kaum-kaum serta bangsa-bangsa yang berbeza, pantang larang mereka juga berbeza.Sekiranya Puan rasa selesa dengan pengamalan yang dipohon oleh keluarga, dan pula tidak mengganggu kesihatan serta kehidupan sebagai ibu yang baru, teruskan.
Untuk sembelit, puan haruskan bersenam untuk menguatkan otot-otot di bahagian pinggul. Dengan masa, otot-otot di bahagian faraj juga akan lebih gagah dan sihat.
Banyakkan memakan makanan bersayur dan meminum air supaya dapat membantu dalam proses pembuangan air besar.
Ubat-ubat untuk membantu sembelit adalah kaedah terakhir, gunakan bila hanya puan telah pun menukar tatacara serta gayahidup dan pemakanan.
Untuk pengetahuan Puan, dalam istilah badan kesihatan sedunia, zat-zat makanan dibahagikan pada karbohidrat, lemak, protin,air, elemen-elemen serta vitamin-vitamin.Morfologi makanan yang berbeza-beza.
Terima kasih
Salam Sejahtera Dr ,
Saya nak bertanya tentang masalah yang saya hadapi iaitu keguguran. Untuk pengetahuan Dr, saya telah mengalami keguguran 2 kali iaitu tahun lepas pada bulan Mac dan baru-baru ini 19/8/2009. Kandungan saya yang pertama berumur 11 weeks ketika D & C dilakukan kerana fetus tidak membesar seperti yang sepatut nya dan saya turut mengalami pendarahan coklat selama beberapa hari. Keguguran kedua pula berusia 8 minggu dan sekali lagi D & C terpaksa dilakukan kerana pendarahan coklat berlaku lagi sebelum itu dan fetus juga tidak membesar kerana apabila doktor membuat pemeriksaan, fetus hanya sebesar kandungan 5 minggu. Untuk pengetahuan
Dr, saya mempunyai 2 orang anak lelaki, yang sulung berusia 6 tahun dan yang kedua berusia 2 tahun. Umur saya 38 tahun. Adakah faktor umur yang menyebabkan masalah keguguran tersebut atau masalah lain? Apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah keguguran kerana saya masih ingin mencuba untuk menimang anak lagi. Terimakasih.
Terima kasih.
Puan bernasib baik kerana telah puan mempunyai cahaya mata kesayangan.
Keguguran puan berlaku pada trimester pertama, bermakna ada kemungkinan penjelasan perubahan genetik seperti TRISOMI,TRANSLOKASI dan juga MUTASI SPONTAN.
Memang betul, dengan kematangan umur, kesuburan menurun dan juga kebarangkalian keguguran meningkat.
Yang pentingnya puan perlu berjumpa dengan doktor perbidanan sebelum puan hamil dan juga semasa terimester pertama kehamilan.
Mungkin dengan berjumpa dengan doktor,puan kan dipreskripsikan dengan ubat-ubatan seperti Asid salisilik berdos rendah, vitamin folat, hormon progesteron dan sebagainya.
Perlu difahami yang keguguran pada trimester pertama sukar untuk dicegah serta dihalang.
terima kasih
salam,
Dr, air ketuban saya dah start kluar sikit2.. dr sya check kata still ok lg cz tak ada effect lg pd bby, apa punca & kesannya. apakah cara rawatan bagi kes macam ini?
Betul atau tidak air ketuban?
Ianya mungkin air dari lelehan pangkal rahim akibat pengaruh hormon dan juga infeksi seperti kulat, berkemungkinan juga basah itu dari cecair dinding faraj akibat perubahan fisiologi hormon.
Kesahihan cecair tersebut boleh dilakukan dengan penentuan pH dan juga pertukaran warna kertas litmus.
Pemeriksaan ultrasound juga boleh mencatitkan samada air ketuban itu mencukupi atau tidak.
Pemeriksaan spekulum ke faraj untuk menentukan betul atau tidak cecair itu dari rahim.
Kalau puan sudah puan cukup bulan, pemeriksaan ultrasound OK, kemungkinannya tidak akan berlaku apa-apa pada janin dan puan mungkin akan bersalin dalam sekejap masa lagi.
Sekiranya masih lagi jauh dari penggal kematangan kandungan, puan akan diteliti akan infeksi yang dikhuatiri menyusuli. Mungkin Puan perlu dimasukkan ke wad untuk seketika.
Sebab mengapa inay terjadi, tidak diketahui. Lazimnya INFEKSI PADA FARAJ yang dikhuatiri seperti infeksi Bakteria Vaginosis. Jangan rungsing, rawatanya ada serta berkesan.
Mungkin juga puan akan disaringkan dengan pemeriksaan infeksi streptokokus kumpulan B.
Sekiranya air tersebut sudah berhenti(seandainya memang air ketuban), mungkin telah berlaku kekedapan dengan penurunan kepala bayi yang menghalang turunnya air secara berterusan ATAUPUN air dalam kandungan sudah kering.
Tidak ada rawatan untuk menghalang kejadian ini dari berlaku dan juga berterusan.
Terima kasih
assalamualaikum
selamat berpuasa dr, saya dah hamil 18 minggu, saya cuba berpuasa tapi saya sering kali pitam dan sakit bahagian bawah perut. adakah ini normal ataupun sebaliknya.
kalau boleh saya nak juga cuba puasa tapi saya macam tiada tenaga seringkali saya rasa penat dan berdebar-debar menyebabkan saya tidak selesa.
Puan tidak dinasihatkan untuk berpuasa sekiranya Puan mengalami pengalaman sedemikian. Ini adalah kerana 1)Mengandung memerlukan tenaga yang lebih untuk membawa berat muatan yang kain bertambah.
2)Perubahan struktur fizikal badan menyebabkan makanan tidak dapat dimakan secara sekali gus.
3)Pengaruh hormon di mana Puan seakan-akan seperti mereka yang sentiasa kelaparan dan memerlukan tenaga berterusan.
Memang normla untuk mereka yang mengandung dan berpuasa mengalami sedemikian. Dinasihatkan supaya Puan mencuba berpuasa semasa hari cuti, dengan syarat makanan pagi itu bertenaga dengan amaun mencukupi.
Mengandung menyebabkan puan dalam keadaan sentiasa lapar (Accelerated starvation state), jadi puan akan sering kekurangan gula darah.
Saya menasihatkan puan supaya tidak berpuasa sekiranya dengan kematangan kandungan, rungutan semasa berpuasa meningkat.
terima kasih
Assalammualaikum Dr,
saya wawa...saya sudah berkahwin hampir 4 tahun.umur baru 25 tahun dan sebaya dengan pasangan.
saya pernah menjalani pembedahan perforated appendix dan membuang ulser pada usus besar pada 5 tahun lepas.Tapi,luka pembedahan saya terkena infection sebelum jahitan dibuka.sebanyak 4 kali saya dijahit semula namun luka tetap terbuka.Akhirnya,luka pembedahan sembuh melalui luka yang mengerikan.Kini luka itu memberikan kesan sampingan dimana setiap kali aktiviti lasak atau kerja kuat sedikit pasti sakit atau ngilu di sekeliling luka.Luka pembedahan itu hampir sejengkal setengah dan kedudukan menegak antara pusat dan pangkal pubis saya.
saya ada beberapa soalan untuk Dr..
1. Bila saya mengandung nanti adakah parut pembedahan saya akan memudaratkan saya?kerana apabila mengandung automatik perut akan mengembang mengikut saiz bayi..saya takut sekiranya parut saya terbuka kembali apabila bayi saya semakin membesar..saya fobia sangat memikirkan hal itu..suami saya juga telah memberi kata putus sekiranya berbahaya dia sanggup ambil anak angkat.
2.Saya bercadang ingin ambil anak angkat.saya ingin memberikan susu badan untuk bayi angkat itu.ada ke pil yang boleh menghasilkan susu badan?bila masa yang sesuai untuk saya mengambil pil yang boleh menghasilkan susu badan.
bantula saya doktor..
terima kasih dr.
Terima kasih dan saya berdoa supaya Puan disegerakan dianugerahkan dengan cahaya mata.
Parut Puan tidak akan bermasalah semasa mengandung kerana kulit adalah struktur yang berelastik, lagi pun puan telah mencapai tahap penyembuhan yang selesai, bermakna secara histologi tisu tersebut telah kembali ke asal.
Cuma, semasa mengandung, tempat parut tersebut mungkin menjadi sensitif, sedikit gatal dan mungkin rasa pedih-pedih sedikit, jangan rungsing, ini adalah normal.
Parut puan tidak akan terbuka, jangan rungsing.
Memang ada ubat serta suntikkan untuk mem'primer'kan payudara dan langsung mengeluarkan susu.Walaubagaimanapun, proses ini masih memerlukan rangsangan hisapan dari bayi iaini setiap payudara 3 jam sekali seakan akan proses normal penyusuan badan.Kalau puting payudara puan kecil ataupun tenggelam, ada 'Nipple Adaptor' yang boleh dibeli di kedai-kedai yang menjual peralatan bayi.
Mengenai ubat-ubatan tersebut, Puan berjumpalah dengan doktor perbidanan. Ubat-ubat tersebut bukannya tanpa risiko, penggunaan perlu dipantau.
Terima kasih
Salam Dr. Shah,
Saya telah selamat melahirkan bayi pertama melalui kaedah ceasor pada Jan 2009 kerana kedudukan bayi saya songsang dan saya gagal untuk melakukan kaedah ECV kerana tali pusat bayi terbelit. Dan saya kini telah mencecah usia 30 tahun. Berapa lamakah jarak kehamilan yang disarankan oleh doktor untuk mendapatkan anak kedua memandangkan umur saya yang telah lewat?
Terima kasih
Tahniah di atas kurniaan cahaya mata tercinta.
Jarak diantara mengandung itu adalah relatif pada umur, tahap sosial serta komplikasi pembedahan sekiranya ada.
Untuk umur Puan, 6 bulan menunggu memadai untuk kandungan ke dua, perlu ingat yang kebarangkalian pembedahan adalah tinggi untuk Puan, sebab persembahan puan adalah seperti mereka yang baru mengandung kali pertama.
6 bulan sebab ingin memberi masa penyusuan badan 100% pada bayi yang comel itu, pada peringkat 4 bulan pertama, bayi masih belum mampu serta belum berupaya membina pertahanan badan sendiri, mengharapkan kekebalan dari antibodi di susu ibu.
Perlu Puan ingat, dengan kematangan umur, kesuburan menurun, kebarangkalian keguguran meningkat. Begitulah juga dengan masalah perubatan seperti kencing manis serta darah tinggi.
Sebaiknya, Puan melengkapkan bilangan ahli keluarga sebelum atau pada umur 35 tahun.
Terima kasih
Assallammualaikum
Saya Pn. Azuan. Sejak 2hari yg lalu, saya mengalami masalah sakit pinggang, perut sebu, berangin dan sedikit loya. Saya makan seperti biasa tanpa membiarkan perut kosong. Saya juga mengalami pening2 dan letih badan. Adakah ianya normal? Perlukah saya pergi ke klinik?
Untuk pengetahuan Dr., saya pernah mengalami keguguran pada bulan Jan 2009.
Sekarang saya mengandung lagi dan kandungan ni adalah anak yg ke 4, baru berusia 9 minggu. Dah 5thn saya tak mengandung.
Saya harap Dr. dapat memberikan sedikit pandangan.
Terima kasih.
Terima kasih Puan Azuan.
Ya, puan sepatutnya berjumpa dengan doktor untuk mengsahihkan kandungan dan juga menarikhkan dengan tepat usia kandungan.
Yang saya khuatiri takut puan mengandung MOLAR ataupun lazim disebut sebagai mengandung ANGGUR (Puan boleh mencari di talian dengan meletakkan perkataan GESTATIONAL TROPHOBLASTIC DISEASE)
Setiap kali mengandung, ianya secara individual satu pengalaman baru serta berbeza dengan yang lampau.
Pada usia sedemikian dan juga mengandung, puan tentu lebih peka dan mudah terpengaruh dengan perubahan hormon.Lazimnya puan akan alami keletihan serta tidak bermaya walaupun cukup tidur dan makan. Jumlah air liur bertambah menyebabkan puan melakukan aksi meludah., kadang-kadang mereka di kampung terutamanya, akan mengalami peristiwa 'mengidam'.Rasa seperti makanan terlekat di dada serta kembung angin, sedawa akan berlaku.Sakit bahagian belakang, kencing acap kali serta mungkin ketegangan betis pada waktu-waktu tertentu.
Puan juga mungkin mengalami perasaan seakan-akan sebak, mudah terguris dan cepat sensitif.
Ini semua kerana pengaruh hormon progesteron yang meningkat. Semua ini adalah normal, cuma Puan disarankan supaya berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan fizikal supaya apa yang dialami serta dirasai memanglah normal.
Tahniah di atas keupayaan mengandung sekarang ini, lebih jauh jarak dengan yang bongsu, lebih-lebihlah lagi kesan-kesan mengandung dirasai.
Terima Kasih.
Dr.SHAH REZA JOHAN NOOR
Hi Prof Shah Reza,
I am a 32 year old mother of two. My youngest son is now 19 mths old. During my pregnancy with him, I had placenta privia (stage 4) at 7th mths pregnancy. I was referred by my gynae to be admitted in UH. I was hospitilised in UH until my baby was delivered via emergency c-sec. He was born premature at 32 weeks. During my delivery I had complications whereby my uterus did not contract hence I was bleeding Thankfully I had good docs in UH and they managed to 'save' my uterus. But I had complications after post-op whereby I was bleeding heavily due to my uterus not contracting again. The docs manage to stop the bleeding but I went through hell with the pain during that period of docs trying to stop the bleeding....i was replaced with 6 bags of blood. The docs including my gynae has advised me NOT to have any more babies due to the complications. I am on family planning now. BTW - I had the same problem with my 1st delivery with regards to my uterus which didn't contract. I followed my gynae's advice and got pregnant with my 2nd child after 4 yrs.
My question is that...if I were to try fr a 3rd child...what are the risk involved??
The docs told me that I might have placenta privia again and the same problems with my uterus will occur during delivery. And maybe then I might just loose my uterus for good! I also heard that when a women is without a uterus - they go through some kind of early menopause...is that true?? And they tend to age faster???
My husband & myself would seriously like to have a 3rd child as we have 2 boys so we are hoping fr a baby girl.....I would like to know if would you recommend me to try or not????
Thank you,
JN
Thank you Madam JN.
Yes, you may but definitely the risks will be there but with availability of modern drug like hemabate,surgical know-how and dedicated trained staffs, i foresee a successful outcome. If the second delivery was uneventful, probably the history of the first pregnancy might not repeat itself.The minus part is the age, mature by obstetric standard.
As soon as pregnancy viability is noted, high risk tag is placed to your antenatal record card, no worries, this is a normal procedure.
If womb has to be removed thence clinically because of no presence of menses, you will be considered as having a surgical menopause BUT that does not mean that your menopause is like those of natural menopause as your ovaries are not removed but spared and left behind for the physiological function for many years to come. You will not be experiencing menopausal symptoms. Still you have to be assessed on regular basis for exclusion of ovaries abnormality in the future.
Yes, why not? Getting a girl or a boy is actually by chance, your husband is the decisive component as he carries the gene X and Y !
Dr.Shah Reza Johan Noor
Assalammualaikum Doktor,
Sekarang saya hamil minggu ke 8. Semasa minggu ke 6, saya pergi membuat pemeriksaan mengandung dan kesemuanya OK tetapi paras HB saya rendah iaitu 9.8.
Keesokann harinya saya mengalami sedikit pendarahan. Saya pergi berjumpa doktor. Doktor scan dan beritahu semunya OK. Seminggu selepas itu berlaku lagi pendarahan saya pergi berjumpa doktor sekali lagi dan sekali lagi dia scan, doktor kata OK tetapi perlu berjumpa pakar dan saya di beri ubat penahan darah keluar. Selepas pada itu setiap hari darah akan keluar tetapi tidak menentu dan tidak banyak seperti darah haid. Soalan saya:
1) Apakah yang menyebabkan darah tersebut keluar? Ini adalah kandungan kedua, kandungan pertama saya tidak menghadapi sebarang masalah.
2) Adakah saya perlu berjumpa doktor hari ini juga? Kerana saya fikir perlu berjumpa doktor semasa hari temujanji nanti.
3) Adakah cara yang boleh saya buat untuk elakkan pendarahan ini berlaku?
Sekian. Terima kasih
-Zaharah-
1)Keadaan dinamakan Keadaan keguguran mengugut (THREATENED MISCARRIAGE), kandungan tetap utuh dan denyutan nadi seperti biasa, pangkal rahim mungkin sedikit terbuka dan juga permukaan pangkal rahim yang lebih terdedah ke dalam faraj berbanding dengan keadaan semasa tidak mengandung, jadi permukaan pangkal rahim mudah terguris dan langsung sedikit pendarahan berlaku. Mungkin juga terdapat tompok-tompok penyakit kulat moniliasis yang boleh membuatkan sedikit pendarahan yang tidak mencemaskan. Dinding faraj juga mungkin terluka akibat dari hubungan kelamin di mana Puan masih belum bersedia, secara fisiologinya semasa mengandung, dinding faraj puan lebih lembap, pembuluh darah serta kapilari lebih ke permukaan serta mengembang, menyebabkan pendarahan kecil tidak serius senang berlaku.
2)Perhatikan pada amaun pendarahan sekiranya ianya banyak dan mungkin disertai dengan kontraksi, adalah lebih baik untuk berjumpa dengan doktor supaya janin dapat ditentukan kehidupannya.
3)Tidak ada rawatan sekiranya ianya dari dalam rahim serta pintu rahim.
Rawatan hanya untuk infeksi dalaman faraj.Hanya pemeriksaan ultrasound untuk memastikan denyutan nadi janin masih selamat.
Berkemungkinan, Puan akan dinasihatkan supaya bersalin pada minggu ke
38 sekiranya pendarahan berlaku tetapi puncanya tidak diketahui.
terima kasih
Saya ingin bertanya, pada 30hb Julai 2009, saya telah datang period. Tempoh period saya pada masa tersebut selama 6 hari. Pada 14hb Ogos 2009, saya sekali lagi telah datang period tetapi pada kali ni period saya dalam kuantiti yang sedikit saja dah tempoh nye hanya 2 hari.
terima kasih.
1)Apakah Puan mempraktiskan kontraseptif seperti suntikkan atau susuk Implanon?
2)Apakah berat badan Puan terlampau (kiraan tinggi puan dalam sentimeter ditolakkan dengan 100, jawapannya adalah berat badan puan BMI 18)
3)Apakah Puan masih lagi dalam fasa penyusuan badan?
4)Bagaimana dengan emosi serta psikologi Puan,ada peristiwa terlampau yang mencabar serta menggugat?
Sekiranya kehadiran haid yang dirungutkan ini hanya episod tunggal untuk tahun 2009, saya nasihatkan Puan supaya mencatatkan kehadiran haid selanjutnya supaya senang diamati oleh doktor untuk rawatan seterusnya.
Mengenai kontraseptif seperti suntikkan ataupun susukan, kejadian haid yang turun dengan sedikit ataupun tidak menentu ini merupakan sesuatu yang mungkin berlaku. Hanya apabila berlarutan serta menganggu sosial barulah kaedah kontraseptif lain dinasihatkan.
Penyusuan ibu menyebabkan paras hormon terganggu, terutamanya dengan kehadiran hormon progesteron semulajadi yang tinggi,ditambahkan lagi dengan hormon prolaktin, haid puan akan menjadi tidak menentu untuk seketika.
Mengenai berat badan, sekiranya berat melebihi BMI, puan akan mengalami sindrom polisistik ovari.Carian di internet dengan menaipkan POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME Apabila emosi serta psikologi tergugat serta terganggu, paksi kelenjar hipotalamus-pituitari dan ovari bergoyah, menyebabkan ovari tidak berfungsi secara cekapnya dan ini dimanifestaiskan dengan pembinaan dinding dalam rahim yang terganggu, akibatnya haid tidak menentu.
Betulke 14hb OGOS itu haid, sebab tarikh tersebut baru 14 hari dari haid sebelumnya.Mungkin puan mengalami trauma dari hubungan kelamin?Pangkal rahim yang luka?
Dr.Shah Reza Johan Noor
|
|